Isu Melaka Gateway, Ketua Menteri Melaka enggan ulas
MELAKA – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali enggan mengulas status projek Melaka Gateway yang didakwa belum mengemukakan laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).
Beliau ketika ditemui pemberita sebaliknya meminta pihak yang melemparkan dakwaan tersebut mendapatkan penjelasan lanjut daripada sumber mereka.
Tegas beliau, buat masa kini tiada keperluan untuk kerajaan negeri memberi pandangan atau menjawab pertanyaan berhubung isu berkenaan.
“Itu kata dia. Dia yang bercakap. Tanya pada sumber dekat mana dia dapat (maklumat).
“Saya tidak mahu komen benda (dakwaan) ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Watikah Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di Seri Negeri di sini, hari ini.
Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong menggesa kerajaan negeri dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Melaka menghentikan segera projek Melaka Gateway kerana didakwa belum mengemukakan laporan EIA.
Menurut Poay Tiong, jawapan bertarikh 8 Ogos 2022 daripada Kementerian Alam Sekitar dan Air ketika sesi Parlimen lalu menyatakan pemaju, KAJ Development Sdn. Bhd. masih belum menyerahkan laporan bagi penilaian dan kelulusan Ketua Pengarah Alam Sekitar di bawah Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127).
“Kegagalan Melaka Gateway mengemukakan laporan EIA bertentangan dengan seksyen berkaitan dan Perintah Kualiti Alam Sekeliling serta Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling 2015,” katanya
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Teh o ais kayangan RM5, kedai dikenakan kompaun
- Peniaga nasi ayam & itik viral berdosa perlu bertaubat dan mohon maaf – Mufti
- Ayid penkid sentiasa berpakaian lelaki
- Proton Exora 2023 dengan harga bermula RM62,800
- Keberanian Ismail Sabri memimpin semakin diakui
- Umno tak beri pimpinan negeri autonomi kerjasama dengan PAS, Bersatu
- Anak perempuan The Rock penyambung legasinya dalam WWE
- Alhamdulillah, isteriku sudah bertudung – Sonny Bill
- Ira Kazar dipanggil Jawi
- Adakah kertas siasatan kes Nazlan yang bocor sah, SPRM disoal
- Tindakan kejam! Brigedier Jeneral Indonesia tembak mati beberapa ekor kucing termasuk yang bunting
- Aksi berbalas ciuman Meerqeen dengan selebriti Indonesia dikecam
- Sindir pihak berkuasa, jalan berlubang jadi ‘kebun’ pisang [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri
Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)
MYDIN Sambut Ulang Tahun Ke-65 Dengan Promosi Serendah 65 Sen
You must be logged in to post a comment.