Jualan Murah Keluarga Malaysia diperluas ke 600 DUN hingga 31 Disember depan

Jualan Murah Keluarga Malaysia diperluas ke 600 DUN hingga 31 Disember depan

Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) diperluas di kesemua 600 Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 13 Parlimen di Wilayah Persekutuan bagi tempoh 15 Ogos sehingga 31 Disember depan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berkata, JMKM dilaksanakan dengan peruntukan sebanyak RM80 juta dengan setiap kawasan DUN akan diberikan agihan secara sama rata iaitu RM25,000 sebulan.

Menurut KPDNHEP, JMKM dilaksanakan sekurang-kurangnya dua kali sebulan bagi setiap DUN.

“Peruntukan ini digunakan untuk memberi harga diskaun kepada barangan keperluan terpilih seperti Ayam, ikan dan hasil laut, telur ayam, gula, minyak masak, tepung gandum, beras dan sayur-sayuran serta buah-buahan.

“Selain daripada barangan keperluan harian tersebut, premis juga sangat digalakkan untuk memberi diskaun sehingga 20 peratus harga pasaran setempat,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Jelasnya, pelaksanaan itu dilihat sebagai satu usaha kerajaan untuk membantu ahli Keluarga Malaysia meringankan beban kos sara hidup yang semakin meningkat.

“KPDNHEP akan melaksanakan JMKM di tiga negeri iaitu Sarawak, Terengganu dan Johor merangkumi 170 DUN bermula hari ini.

“Orang ramai boleh mendapatkan informasi terkini pelaksanaan JMKM di lokasi terpilih melalui laman Facebook rasmi Jualan Murah Keluarga Malaysia atau laman rasmi kementerian dan KPDNHEP negeri terbabit,” katanya.

Jelas kenyataan itu, KPDNHEP turut menyeru semua ahli Keluarga Malaysia untuk mengambil manfaat dari harga murah yang ditawarkan dengan melawat JMKM di lokasi berdekatan.

“Selain itu, semua peniaga turut diseru untuk terus berperanan dalam mengawal inflasi dengan tidak mencatut dan tidak menaikkan harga barangan sesuka hati tanpa alasan yang munasabah,” ujarnya. K Online

Jualan Murah Keluarga Malaysia diperluas ke 600 DUN hingga 31 Disember depan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Neil Armstrong Jejak Kaki Ke Bulan ‘Dibuktikan’ Hanyalah Sebuah Rakaman

Guru lesap selepas disyaki rogol 2 pelajar di Sarawak

Berdakwah jangan pilih bulu – Ifa Raziah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker