Polis sahkan kes gangguan seksual penuntut IPTA

Polis sahkan kes gangguan seksual penuntut IPTA

POLIS mengesahkan telah menerima makluman mengenai ciapan di laman Twitter berhubung laporan berkaitan kejadian percakapan dan perbualan berunsur lucah terhadap seorang penuntut perempuan sebuah pusat pengajian tinggi awam (IPTA) hari ini.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd Fadhil Minhat berkata, pihaknya mengesan hantaran tular yang memuat naik tangkap layar memaparkan laporan polis bertarikh 2 Jun 2021.

“Polis mengesahkan mengenai aduan yang dibuat mangsa dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.



Beliau berkata, semua pihak yang terbabit sudah dipanggil untuk memberikan keterangan dan kertas siasatan sudah dilengkapkan serta telah dirujuk ke bahagian siasatan dan perundangan Bukit Aman untuk arahan selanjutnya.

“Pihak polis berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” katanya. Utv

Polis sahkan kes gangguan seksual penuntut IPTA


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kau ingat gelek dalam khalayak itu dapat pahalakah? – Ahmad Dasuki

Jeslina Hashim dikecam tayang punggung

Polis Tunjuk ‘Thumbs Up’ Kepada Pemandu Lori Bantu Halang MPV (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker