Doktor minta pasukan Dr. Sheikh Muszaphar henti jual produk kepada pesakitnya
Doktor minta pasukan Dr. Sheikh Muszaphar henti jual produk kepada pesakitnya
Seorang doktor perubatan, Dr. Rafidah Abdullah mahu angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan pasukannya berhenti menjual produk kesihatan keluarannya kepada pesakit yang dirawatnya.
Pakar Perunding Perubatan dan Nefrologi itu telah menerima aduan mengenai penjualan produk itu kepada pesakit daripada doktor dari sebelah utara Semenajung Malaysia.
Dalam surat terbuka kepada Dr Sheikh Muszaphar, Dr. Rafidah berkata, ada jurujual yang mengesyorkan produk itu kepada pesakit kronik buah pinggang dengan mendakwa produk itu selamat dimakan.
“Kepada Datuk Sheikh Muszaphar dan pasukan yang saya hormati, Saya menerima mesej dari rakan seperjuangan dari utara. Ada jurujual yang mengesyorkan produk ini kepada pesakit. katanya ianya selamat untuk pesakit kronik buah pinggang.
“Ya, dalam mana-mana iklan tidak ada menyebut buah pinggang tapi boleh lihat bagaimana pesakit-pesakit kronik boleh tertipu. “My hope is you and your team make sure all of the sellers stop offering this to my patients,” tegas Rafidah dalam kenyataan di media sosial.
Menggunakan kepakarannya dalam bidang tersebut, Dr. Rafidah mengingatkan masyarakat produk yang dipromosi itu tidak mempunyai kajian saintifik yang membuktikan ia boleh membantu kesihatan.
“Jika berpenyakit kronik, jangan ambil. Terutamanya jika ada penyakit buah pinggang, memang disarankan jauhkan apa jenis produk sekali pun.
Jangan terpedaya ya,” katanya. Dalam hantarannya, Dr. Rafidah turut berkongsi gambar Dr Sheikh Muszaphar sedang tersenyum sambil memegang produk berkenaan.
Pada poster tersebut tertulis ‘Nikmat kesihatan ialah kunci kebahagiaan’ dan terdapat beberapa logo termasuk halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan MeSTI (Makanan Selamat Tanggungjawab Industri).
Hasil carian di internet, produk tersebut didakwa hasil ramuan premium daripada Dr. Sheikh Muszaphar yang mempunyai latar belakang perubatan dan beliau juga pengasas produk berkenaan.
Produk itu didakwa hasil gabungan habbatus sauda yang dikatakan makanan sunah dan peria katak yang didakwa sebagai insulin semulajadi.
Produk berkenaan juga pernah disiarkan dalam berita televisyen tempatan dan didakwa telah melalui kajian secara saintifik. MG
Doktor minta pasukan Dr. Sheikh Muszaphar henti jual produk kepada pesakitnya
Baca Artikel Menarik:
- Crackhouse tutup selamanya, pemilik disenarai hitam daftar lesen niaga di KL
- Zaid bidas pengkritik ‘angkuh’
- Ini Rupanya Pemilik Superyacht Lalu Sungai Perlis
- Netizen tuduh MUDA, Syed Saddiq hipokrit
- 5 bilion orang akan mati jika perang nuklear Russia-AS berlaku
- Cukuplah… saya sudah sedar haram ubah ciptaan Allah
- Penyanyi rock dimasukkan ke ICU Hospital Sungai Buloh
- Mertua tangkap menantu curang ketika suami pertaruh nyawa di tengah laut
- Warga emas dicekup berkhalwat merayu dilepaskan
- Nak undur konon, Aliff Syukri keluar video menari dengan mop pula
- Saintis barat akhirnya berjaya membuktikan bahawa alam bertasbih kepada Allah
- Pemain pertahanan Manchester City didakwa perkosa 7 wanita
- Amirudin tanya Pemuda PAS, teringat pada ‘ex’ ke?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kau ingat gelek dalam khalayak itu dapat pahalakah? – Ahmad Dasuki
Jeslina Hashim dikecam tayang punggung
Polis Tunjuk ‘Thumbs Up’ Kepada Pemandu Lori Bantu Halang MPV (Video)
You must be logged in to post a comment.