Kesal ada pihak tokok tambah cerita di media sosial

Kesal ada pihak tokok tambah cerita di media sosial

Batu Pahat: Keluarga warga emas yang ditemukan selamat semalam selepas enam hari hilang di kebun kelapa sawit di Kampung Parit Sayang di sini, kesal dan terkilan dengan tindakan pihak tertentu menokok tambah cerita kejadian itu dengan niat meraih perhatian di media sosial.

Anak mangsa, Sadiah Mohari, 42, berkata keluarganya sedih apabila ada pihak mengambil kesempatan menokok tambah cerita yang tidak benar berhubung kehilangan dan penemuan ibunya.

Katanya, semua yang dikongsikan pihak terbabit di media sosial dibuat tanpa pengetahuan dan keizinan dia sekeluarga.

“Tindakan berkenaan mengganggu privasi kami sekeluarga dan berharap pihak berkenaan dapat memadam serta tidak menyebarkan video atau hantaran yang ditokok tambah itu di media sosial,” katanya ketika dihubungi.

Painah Siwan, 79, ditemukan dalam keadaan lemah berhampiran lopak air di kawasan kebun kelapa sawit di Kampung Parit Sayang, Senggarang pada jam 11.25 pagi semalam.

Painah dilaporkan hilang oleh anaknya apabila tidak pulang ke rumah selepas keluar mencari daun kelapa sawit untuk dijadikan penyapu lidi di kebun kelapa sawit berhampiran rumahnya di Kampung Parit Sayang di sini, Rabu lalu.

Susulan itu, satu pasukan SAR dilancarkan membabitkan 187 anggota pasukan keselamatan terdiri daripada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Batalion ke 10 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan penduduk setempat.

Sementara itu Sadiah berkata, ibunya kini dalam keadaan trauma dan masih dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat.

“Alhamdulillah, keadaan kesihatan emak stabil namun di dalam mulutnya terdapat ulser yang menyukarkan emak untuk makan seperti biasa.

“Waktu ini emak hanya mampu makan bubur nasi dan kelihatan lemah kerana kekurangan tenaga,” katanya.

Sadiah berkata, doktor yang melakukan pemeriksaan kesihatan dan mendapati tidak menghidap sebarang penyakit kronik.

“Kami sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang sudi membantu mencari sepanjang tempoh pencarian emak ketika dia hilang,” katanya. HM

Kesal ada pihak tokok tambah cerita di media sosial


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rider Tersangkut Semasa Tunjuk ‘Kung-Fu’ Di Hadapan Orang Ramai (Video)

Resepi Roti Boy Aroma Kopi Lemak Manis

Kereta F1 Ferrari dikesan diatas jalan raya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker