Bekas pengarah urusan BNS didakwa pecah amanah RM21.08 juta

Bekas pengarah urusan BNS didakwa pecah amanah RM21.08 juta

Bekas pengarah urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS), Ahmad Ramli Mohd Nor didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan pecah amanah membabitkan RM21.08 juta.

Bekas ketua tentera laut itu didakwa meluluskan tiga pembayaran berjumlah RM21.08 juta kepada tiga syarikat berbeza tanpa kelulusan lembaga pengarah BNS.

Ramli, 78, didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.



Dia mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Suzana Hussain.

Hakim membenarkan ikat jamin RM500,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Nov untuk sebutan semula kes.

Bagi pertuduhan pertama, Ramli didakwa melakukan kesalahan dengan meluluskan pemindahan berjumlah RM13,541,140 kepada Setaria Holdings Limited yang berpangkalan di Singapura tanpa kelulusan lembaga pengarah BNS antara 26 Julai 2010 dan 25 Mac 2011.

Mengikut pertuduhan kedua, dia didakwa meluluskan pemindahan RM1,350,716 kepada JSD Corporation Pte Ltd yang juga berpangkalan di Singapura tanpa kelulusan lembaga pengarah antara 19 April dan 4 Mei 2011.



Berdasarkan pertuduhan ketiga, Ramli didakwa meluluskan pemindahan RM6,182,295 kepada Sousmarin Armada Ltd tanpa kelulusan lembaga pengarah BNS antara 28 Okt dan 22 Nov 2010.

Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin mewakili pihak pendakwaan, manakala Mohd Yusof Zainal Abidin mewakili Ramli.

BNS ditugaskan untuk membina enam kapal tentera laut dalam projek kapal tempur pesisir (LCS) bernilai RM9 bilion yang bermasalah.

Projek itu di bawah penelitian Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara berhubung kos dan kelewatan pembinaan. Kapal pertama yang dilancarkan pada 2017 dijadualkan untuk penghantaran pada 2019, dengan selebihnya dihantar selang enam bulan. Tetapi, tiada sebuah pun disiapkan sehingga kini. FMT



Bekas pengarah urusan BNS didakwa pecah amanah RM21.08 juta


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rider Tersangkut Semasa Tunjuk ‘Kung-Fu’ Di Hadapan Orang Ramai (Video)

Resepi Roti Boy Aroma Kopi Lemak Manis

Kereta F1 Ferrari dikesan diatas jalan raya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker