Tempahan tertunggak kereta Toyota, PERODUA tinggi
Tempahan tertunggak kereta Toyota, PERODUA tinggi
UMW Group, menerusi UMW Toyota Motor (UMWT) dan syarikat sekutunya, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) mempunyai jumlah tempahan tertunggak yang tinggi.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW, Datuk Ahmad Fuaad Kenali, berkata kedua-dua syarikat akan terus meningkatkan pengeluaran untuk menyerahkan kereta kepada pelanggan.
“Dengan penurunan kekurangan cip semikonduktor dan rantaian bekalan yang semakin pulih, kami yakin untuk mencapai sasaran jualan bagi tahun ini,” kataya dalam satu kenyataan.
UMW menyerahkan 24,983 unit kenderaan pada Julai 2022, berbanding hanya 2,105 unit yang didaftarkan pada bulan sama tahun lalu.
Dalam satu kenyataan, kumpulan itu berkata UMWT dan PERODUA mencatatkan jualan memberangsangkan pada bulan lalu.
Ia menjelaskan bahawa jualan pada Julai 2021 terkesan oleh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh bermula 1 Jun hingga 15 Ogos tahun lalu.
Bagi tempoh tujuh bulan 2022, UMW berkata ia telah menyerahkan sejumlah 198,237 unit, 48 peratus lebih tinggi berbanding 133,506 unit yang didaftarkan pada suku sama 2021.
Ia berkata, UMWT merekodkan penjualan 6,637 unit kenderaan bulan lalu, berbanding hanya 1,450 setahun lalu apabila PKP memberi kesan kepada jualan dalam bulan berkenaan.
“Setakat tahun ini, UMWT telah mendaftarkan jualan 52,548 unit, 48 peratus lebih tinggi daripada 35,561 unit yang didaftarkan dalam tempoh sama 2021,” katanya.
Pada 24 Jun lalu, UMWT mula mengambil tempahan bagi model serba baharu Toyota Veloz yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
UMWT kini menawarkan promosi khas bagi pembelian Vios and Yaris dalam kempen jualan Ogos, dalam usaha mengukuhkan lagi jumlah tempahan.
Sementara itu, UMW berkata PERODUA mencatatkan jualan 18,346 unit pada Julai 2022, jauh lebih tinggi berbanding hanya 655 unit didaftarkan pada Julai 2021.
“Bagi tempoh tujuh bulan pertama 2022, PERODUA mencatatkan jualan 145,689 unit, 49 peratus lebih tinggi daripada 97,945 unit yang didaftarkan sepanjang tempoh sama 2021,” katanya.
Bagi mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai peneraju pasaran, UMW berkata PERODUA melancarkan model serba baharu Perodua Alza pada 20 Julai lalu.
PERODUA juga, katanya akan memperkenalkan Ativa Hybrid ke pasaran tempatan tidak lama lagi, namun ia hanya dibuka menerusi skim langganan. BH
Tempahan tertunggak kereta Toyota, PERODUA tinggi
Baca Artikel Menarik:
- Mahkamah Persekutuan digesa siasat sikap ‘berat sebelah’ Nazlan ‘ganggu perbicaraan adil’
- Status Perkahwinan Noor Nabila Dan Engku Emran Akhirnya Terjawab
- Wanita Dakwa Anak Azhar Sulaiman Ada Hubungan Sulit Dengan Suaminya
- Aliff Syukri Kantoi ‘Upload’ Gambar Ubat Orang Lain Di Media Sosial
- Ismail cabar atlet SUKIPT catat rekod kebangsaan, ganjaran menanti
- Aliff Syukri lakukan Kak Long 7E seperti binatang – Netizen (Video)
- Serang pembangkang, bukan ‘tembak kaki sendiri’ – Ismail
- Ronaldo buat perangai lagi
- Kenapa tak desak siasat projek lebuh raya lewat P Pinang, Najib soal DAP
- Polis tunggang Benelli maut rempuh BMW
- Muay Thai Ambang Merdeka 2022: Petinju Thai maut selepas terima pukulan ‘KO’
- BN kalah, saya letak jawatan – Tok Mat
- Pak Long Jamil Sudah Tiada
Layari Laman Facebook MYKMU.NET