Mokhtar Senik menyelebahi MN sebab beliau tersisih

Seorang pemimpin kanan PAS hari ini memberi bayangan insiden penyingkiran beramai-ramai dalam parti itu pada 2015 boleh berulang sekali lagi.

Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Mokhtar Senik berkata sikap ahli parti yang “bersilat di belakang presiden” dan tidak ikhlas akan menyebabkan seseorang itu tidak akan selamat.

Tanpa menyebut atau memberikan gambaran secara jelas pihak yang dimaksudkannya itu, ulama PAS terbabit berkata, sikap berkenaan menunjukkan mereka membawa kepentingan sendiri.

“Ingat, tindakan kamu itu tidak selamat.



“Apabila ahli tahu beza pendekatan kamu yang berkepentingan dengan pendirian sebenar presiden yg ikhlas untuk jamaah, kamu pasti akan ditendang keluar dari jamaah sebagaimana muktamar pada 2015,” katanya hari ini.

Mokhtar yang juga anggota Dewan Ulama PAS Pusat berkata demikian sebagai mengulas sikap parti itu kepada Muafakat Nasional (MN), iaitu kerjasama mereka dengan Umno ketika kedua-duanya menjadi pembangkang.

Dinafikan sudah berakhir oleh kedua-dua parti, hubungan PAS-Umno melalui MN kini dianggap sebagai retak menanti belah dengan pemimpin yang terbabit saling memberikan kenyataan yang keras.

Dengar sendiri dari presiden



Pun begitu sesetengah pihak dalam PAS dilihat masih cenderung untuk memulihkan keadaan dan memilih Umno berbanding Bersatu.

Kata Mokhtar ada pemimpin tertentu PAS mendakwa dia “melanggar” parti dan presiden apabila bersuara agar MN dijaga.

Untuk memastikan dia tidak tersalah langkah, dakwa Mokhtar, dia berkali-kali juga merujuk pendiriannya itu kepada Mursyidul Am PAS Hashim Jasin.

“Setiap kali itu juga mursyidul am menegaskan perlu dijaga simpulan MN agar tidak terlerai.



“Saya jadi hairan di mana celahnya mengatakan tulisan saya itu bercanggah dengan pendirian PAS?” katanya.

Pada Sabtu lalu, kata Mokhar, Dewan Ulama PAS mengadakan pertemuan dengan Abdul Hadi Awang, dan mendengar bagaimana presiden mereka itu menegaskan agar hubungan parti itu dengan Umno perlu diteruskan.

“Saya semakin hairan. Kumpulan yang sebelum ini mengatakan pendekatan mengeratkan hubungan PN (Perikatan Nasional) dan MN itu sebagai pendekatan ‘langgar’ presiden itu, kumpulan mana sebenarnya?

“Jangan bersilat di belakang presiden. Asalkan siapa saja tak setuju dengan kamu, lalu (kamu) dianggap orang itu langgar presiden,” katanya.

Untuk rekod pada 2015 krisis dalaman PAS mencapai kemuncaknya apabila pemilihan muktamar menyaksikan sekumpulan pemimpin sederhana dalam parti itu diketepikan.

Konflik itu bermula dengan perbezaan pandangan pemimpin dalam parti terhadap kerjasama mereka dengan parti lain, khususnya PKR dan DAP.

Penyingkiran tersebut kemudian membawa kepada tertubuhnya parti Amanah.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)

Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib

Aiskrim Haagen-Dazs ditarik balik KKM

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Check Also
Close
Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker