Khairy ‘pemain import’ yang mampu menangkan PN dalam PRN – Bersatu

Khairy ‘pemain import’ yang mampu menangkan PN dalam PRN – Bersatu

Susuk bernama Khairy Jamaluddin dilihat terus ‘menggiurkan’ parti politik di negara ini kerana dilihat mampu memberikan kemenangan kepada mereka.

Ia berlaku ketika enam negeri sedang menghampiri tarikh luput penggal dewan undangan masing-masing iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.

Keinginan menarik Khairy itu turut diperlihatkan Ketua Pemuda Bersatu (Armada) Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Akmal.

Dipetik Utusan Online, ahli parlimen Machang itu mengumpamakan politik sebagai persaingan di padang dan pada ketika tertentu sesebuah pasukan perlukan ‘pemain import’.

“Politik ini umpama perlawanan bola sepak, kita kena import pemain luar untuk menang.

“Begitu dengan Khairy, bagi Umno dia sudah tidak berguna tetapi bagi PN amat berguna demi masa depan Malaysia,” katanya.

Semalam Khairy Khairy dilapor berkata, dia sedang mempertimbangkan untuk bertanding di Selangor selepas ditawarkan menjadi menteri besar sekiranya menang.

Laporan The Star itu bagaimapun tidak menyebut mana-mana parti politik yang dikatakan memberi tawaran itu.

“Terdapat perbincangan dengan beberapa pihak dan terdapat juga perbincangan mengenai peranan,” katanya.

Tambah ahli parlimen Machang itu lagi, dia yakin bekas menteri kesihatan itu mampu mewujudkan gelombang baru untuk menarik pengundi muda dan atas pagar memberikan sokongan kepada PN.

Kelebihan itu, katanya, membolehkan PN merampas negeri-negeri yang kini ditadbir oleh PH khususnya Negeri Sembilan dan Selangor.

Wan Ahmad Fayhsal juga mendakwa PN bersedia memberikan laluan kepada Khairy di mana-mana kerusi dewan undangan negeri jika bekas ketua Pemuda Umno terbabit berminat menyertai Bersatu.

“Kalau Umno anggap Khairy sebagai beban, tetapi Bersatu, kita anggap dia satu kelebihan yang mampu mencetuskan gelombang baru dalam politik Malaysia.

“Jadi kita (Bersatu) sedia terima Khairy kalau dia sedia terima lamaran kita,” katanya.

Menurut Wan Ahmad Fayhsal lagi Presiden Bersatu Muh­yiddin Yassin sendiri dari awal mengalu-alukan jika Khairy mahu menyertai parti berkenaan.

Pun begitu Wan Ahmad Fayhsal mengakui pihaknya tidak pasti bagaimana pendirian Khairy dan perkara itu perlu ditanyakan sendiri kepada bekas ahli parlimen Rembau berkenaan. Mk

Khairy ‘pemain import’ yang mampu menangkan PN dalam PRN – Bersatu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Diserbu ketika berbogel dalam kereta punca remaja kemalangan

Siapa menantu yang Anwar sebut – Puad

Zarina Anjoulie ‘hancur’, padam gambar tunang

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker