Ketegasan Ismail buka semula ekonomi mula nampak hasil – Shahril

Ketegasan Ismail buka semula ekonomi mula nampak hasil – Shahril

Ketegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membuka semula ekonomi negara telah membuahkan hasil.

Pengumuman Bank Negara Malaysia bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang 8.9 peratus bagi suku kedua tahun ini dan unjuran keseluruhan 6.3 peratus bagi tahun ini memberi isyarat jelas ekonomi Malaysia berada di landasan baik.

Pengarah Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri, Shahril Hamdan berkata, angka tersebut juga memberi gambaran bahawa ekonomi makro negara akan terus pulih daripada kesan Covid-19 dan mampu mendepani cabaran seterusnya.

“Prestasi ini dipacu antara lain oleh ketegasan YAB Perdana Menteri sejak awal lagi bahawa tidak akan ada sebarang penutupan ekonomi lagi. “Dan peralihan ke fasa endemik pada 1 April 2022 di mana hampir semua sektor dibuka semula – memberi keyakinan kepada syarikat, majikan dan pelabur untuk merancakkan aktiviti.

“Kesihatan awam terus terkawal dengan kapasiti hospital dan pengurusan kes berkenaan Covid ditangani dengan baik – membolehkan perkara diatas berlaku,” katanya.

Tambah beliau, fokus kepada mengurangkan kadar pengangguran antara faktor besar yang menyumbang kepada impak positif pertumbuhan ekonomi negara. Lebih ramai Keluarga Malaysia telah kembali bekerja dan kadar pengangguran turun ke 3.8 peratus pada Jun 2022 iaitu menghampiri tahap pra-Covid.

“Semenjak kepimpinan Kerajaan diambil alih Naib Presiden UMNO tahap pekerjaan meningkat sebanyak 400,000 pekerjaan.

“Walaupun kita masih menghadapi isu ‘underemployment‘ atau gaji tidak setimpal isu asas ‘unemployment‘ terus ditangani agar rakyat dapat bekerja, bergaji dan berpendapatan lantas menggerakkan ekonomi dan diterjemah kepada segala angka makro yang tercatat,” kata Shahril dalam satu kenyataan.

Kata Shahril, negara mencatatkan pelaburan asing bagi suku akhir 2021, suku pertama dan suku kedua 2022 sebanyak RM72.9 bilion iaitu antara tertinggi dalam sejarah Malaysia. Perdagangan borong dan runcit meningkat 44 peratus dari tahun ke tahun kepada RM132.8 bilion untuk Jun 2022 iaitu tertinggi sejak 2013.

Nilai jualan sektor pembuatan berkembang 23 peratus ke RM153 bilion untuk Jun 2022 juga rekod tertinggi. “Disamping berita positif, cabaran ekonomi yakni inflasi dan seperti disentuh tadi underemployment masih wujud.

Kerajaan sedang berusaha menanganinya sebaik mungkin agar angka makro dapat diterjemahkan kepada rakyat majoriti dengan lebih menyeluruh. “Sebab itu, subsidi yang dibelanjakan tahun ini akan mencecah RM77 bilion,” katanya. Katanya, beberapa perkembangan dunia tetap perlu diperhatikan antarany; perang Ukraine-Rusia, gangguan rantaian bekalan dan dasar monetari negara lain yang agresif menaikkan kadar faedah.

Perkembangan tersebut sedang memberi kesan kepada Malaysia dan beberapa langkah akan terus diambil mengikut kesesuaian semasa. Menurut Shahril, disebalik segala ketidaktentuan dunia angka-angka ekonomi terkini menggambarkan Malaysia memiliki daya tahan yang kukuh dalam menghadapi situasi yang mencabar. MG

Ketegasan Ismail buka semula ekonomi mula nampak hasil – Shahril


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)

Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib

Aiskrim Haagen-Dazs ditarik balik KKM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker