MIC tuntut kerusi Parlimen Teluk Intan
IPOH: MIC menyuarakan hasrat untuk meletakkan calonnya bertanding di kerusi Parlimen Teluk Intan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Presiden MIC, Tan Sri SA Vickneswaran berkata, MIC sudah lama mahukan kerusi itu, iaitu kerusi Gerakan namun parti itu tidak lagi bersama Barisan Nasional (BN) ekoran kekalahan pada PRU14.
Menurut beliau, Parlimen Teluk Intan disifatkan sebagai kerusi tambahan bagi MIC untuk bertanding di negeri ini selain mengekalkan Parlimen Tapah dan Sungai Siput.
“Memang kita mahu bertanding di Teluk Intan. Ini kerana pertamanya sebab ada kerusi tambahan, kedua kita memang telah memberi keutamaan kepada BN apabila kita telah memberikan kerusi Cameron Highlands (pada Pilihan Raya Kecil Januari 2019).
“Jadi takkan apa yang kita korbankan ini tiada makna. Saya percaya kepimpinan BN dan UMNO akan memberi kerjasama supaya MIC yang telah lama bersama BN diberi pengiktirafan sepatutnya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Perwakilan MIC Perak Ke-76 di sini hari ini.
Kata Vickneswaran, selain kerusi Parlimen Teluk Intan, terdapat beberapa lagi permintaan yang hanya akan diputuskan menerusi Majlis Tertinggi BN.
Menurutnya, namun kerusi mana yang diminta oleh MIC tidak boleh didedahkan kerana bimbang perkara tersebut akan menyebabkan organisasi kucar-kacir.
“MIC juga berharap BN boleh memberi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mampu dimenangi MIC pada PRU15.
“Kita mahu satu persefahaman, iaitu jika ada pertukaran kerusi macam Cameron Highlands, kita diberi kerusi yang boleh kita menang, tak guna kita bertanding dalam kerusi-kerusi yang kita akan kalah,” katanya.
Pada PRU14, Nga Kor Ming yang juga Pengerusi DAP Perak menewaskan calon BN, Datuk Seri Mah Siew Keong dari Gerakan yang juga penyandang Parlimen Teluk Intan dengan majoriti 11,179 undi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Benda ‘simple’ pun tak faham, Najib tempelak penyokong PH
- Mat Kilau ‘mengamuk’ dengan pihak penerbit
- Kontroversi video lucah Natasha bunuh kerjayanya?
- Anwar takut bertanding di Port Dickson – Peja
- Sandiwara Mahathir kononnya mahu memperjuang nasib orang Melayu
- 6 Ahli Parlimen Bersatu dipercayai tak tanding PRU15
- Dunia Gempar Bayi Kulit Bersisik Hasil Hubungan Sumbang Mahram, Apa Itu Penyakit Ichthyosis
- Kecam saya, tapi tengok laman lucah – Baby Shima
- Alif Hadi nafi punca Yasmin Hani bercerai
- Jangan lupa sejarah MN satukan Pas, UMNO – Khairuddin
- Pengantin lelaki bongkar isteri curang dengan ipar di majlis perkahwinan
- Satu Dunia Kena Tipu Dengan James Webb
- Wallahi Benci, Rozita Ibrahim Beri Teguran Kepada Aliff Syukri
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)
Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib
You must be logged in to post a comment.