Salman Rushdie mungkin buta sebelah mata, ditikam dalam satu serangan

Salman Rushdie mungkin buta sebelah mata, ditikam dalam satu serangan

Pengarang Salman Rushdie yang cedera selepas diserang dalam satu kejadian di New York kini dilaporkan menggunakan mesin ventilator, tidak boleh bercakap dan berkemungkinan buta sebelah mata, lapor media.

Pada Jumaat, Salman ditikam dua kali ketika hendak menyampaikan syarahan di Institusi Chautauqua di barat New York, lapor Sputnik.



“Salman berkemungkinan akan buta sebelah mata; saraf di lengannya putus dan hatinya rosak selepas ditikam,” kata ejen Rushdie Andrew Wylie kepada The New York Times.

Salman ialah penulis kelahiran India yang terkenal dan memenangi pelbagai hadiah sastera serta pernah mencetuskan kontroversi menerusi buku tulisannya “The Satanic Verses” yang dikatakan menghina Islam. FMT

Salman Rushdie mungkin buta sebelah mata, ditikam dalam satu serangan


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)

Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib



Aiskrim Haagen-Dazs ditarik balik KKM



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker