Hadi tetap guru sampai kiamat – Khairuddin

Hadi tetap guru sampai kiamat – Khairuddin

Walaupun berbeza pendapat dan sering memberi kritikan, termasuk menganggap strategi Abdul Hadi Awang silap apabila mengutamakan kerjasama dengan Bersatu berbanding Umno, Khairuddin Aman Razali tetap menganggap presiden PAS itu “guru” sampai kiamat.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata, beliau hanya tidak sependapat dengan Hadi dalam strategi politik, namun ini tidak bermaksud membenci dan memusuhi Ahli Parlimen Marang itu.

“Beliau guru saya…sampai kiamat, tak boleh terputus. Saya berguru dengan beliau dari sudut ilmu, berguru dari sudut politik, guru dua alam.

“Beliau berbeza pendapat dengan saya…itu sahaja. Sejauh mana dingin saya tak boleh kata sebab saya pun agak lama tak menemuinya kerana berhenti parti. Saya tidak ada masalah untuk jumpa, bahkan pernah cuba hadir ke rumah tuan guru,” katanya kepada FMT.

Walaupun keluar PAS pada 14 Mac lalu selepas dipecat sebagai setiausaha Majlis Syura Ulama PAS dan Ahli Jawatankuasa (AJK) pusat, hatinya masih bersama parti itu, malah beliau menyuarakan kesediaannya untuk kembali sekiranya parti itu bekerjasama semula dengan Umno.

Khairuddin mendakwa walaupun hubungan PAS dan Umno dilihat dingin, Hadi dan bekas presiden Umno, Najib Razak ada bertemu sebelum pelancaran Perikatan Nasional Terengganu, pada Julai.

Menurutnya, pertemuan itu membincangkan kerjasama politik.

“PAS mahu bersama, Umno tetap berhati-hati. Mereka tengok PAS lebih rapat dengan Bersatu menyerang Umno,” katanya.

Mengulas sama ada PAS bawah Hadi sudah lari daripada landasan perjuangan sebenar berbanding era Nik Abdul Aziz Nik Mat, Khairuddin berkata, dasarnya tetap sama, cuma cara pentadbiran berbeza.

“Setiap pemimpin ada cara tersendiri…setiap orang ada kelebihan dan berbeza, tapi dasar PAS tetap sama, tidak berubah, iaitu dasarnya Islam.

“Saya keluar PAS kerana strategi PAS, bukan dasar PAS. Maka, wajarlah saya keluar supaya tak menimbulkan pertembungan dalam parti,” katanya. FMT

Hadi tetap guru sampai kiamat – Khairuddin


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)

Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib

Aiskrim Haagen-Dazs ditarik balik KKM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker