John Ghani keluar parti, dakwa Anwar puncanya

John Ghani keluar parti, dakwa Anwar puncanya

Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk John Ot Ghani, mengumumkan peletakan jawatan dan keluar daripada parti itu selepas hilang kepercayaan terhadap kepimpinan tertingginya.

Ia susulan tindakan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggugurkan Datuk Christina Liew sebagai Pengerusi MPN PKR Sabah, sebaliknya melantik Datuk Sangkar Rasam bagi mengisi jawatan terbabit.

John,72, yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu sejak 1985 mengambil keputusan itu berkuat kuasa 25 Julai lalu selepas berada dalam PKR selama 16 tahun.

Beliau berkata, keputusan Anwar itu disifatkan sebagai memecah-belahkan perpaduan dalam kalangan ahli parti terbabit, malah pelantikan Sangkar juga bakal membuatkan PKR hilang kerusi khususnya membabitkan Parlimen Tawau dan Putatan.

“Baru-baru ini beliau (Anwar) datang ke Sabah dan saya mengharapkan beliau menyelesaikan masalah wujudnya dua kem iaitu kem menyokong Christina dan Sangkar dalam PKR Sabah.

“Anwar tahu mengenainya dan kita berharap kedatangan beliau untuk menyatupadukan semula (pemimpin dan ahli parti), tetapi sebaliknya beliau memecah-belahkan parti dengan menggugurkan Christina sebagai Pengerusi MPN dan melantik Sangkar.

“Christina setia dalam parti selama 20 tahun dan ahli parlimen serta ADUN. Jika ingin menukar pemimpin, bila-bila masa boleh dilakukan tetapi masanya sekarang tidak sesuai.

“Ini kerana kita bakal menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang semakin dekat. Waktu ini seharusnya kita bersatu dan bekerjasama dengan erat serta mengambil pengajaran apa yang berlaku di Semenanjung,” katanya pada sidang media khas di sini, hari ini.

John yang menjadi ADUN Kuala Penyu atas tiket Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) bermula 1985 hingga 1986 menyertai UMNO apabila USNO dibubarkan untuk bergabung dengan UMNO pada 1991.

Beliau pernah menyandang jawatan Senator Dewan Negara selama enam tahun bermula 1991 dan kemudian menjadi ADUN Bebas dari 2004 hingga 2008.

John berkata, sebagai pemimpin beliau tidak senang dengan tindakan dan keputusan Anwar berhubung perkara terbabit dan mengambil keputusan meletak jawatan dalam parti.

Beliau berkata, tindakan Anwar itu juga bakal membuatkan sokongan ahli dalam kalangan bangsa Cina dan Kadazan Dusun Murut (KDM) dalam PKR akan terjejas.

Katanya, keputusan Anwar menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) juga dilihat tidak memberi manfaat kepada PKR. BH

John Ghani keluar parti, dakwa Anwar puncanya


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Darlene tular dipeluk dua lelaki kini bekerja di dapur, kaunter

Iman Troye lupa diri?

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker