Polis tahan lelaki mabuk selepas rempuh 7 kenderaan, larikan sebuah kereta
Polis tahan lelaki mabuk selepas rempuh 7 kenderaan, larikan sebuah kereta
Seorang pemandu pacuan empat roda dipercayai mabuk merempuh tujuh buah kenderaan serta melarikan sebuah kereta yang dirempuhnya sebelum ditahan di sebuah stesen minyak di Saleng, Kulai, Johor, malam tadi.
Kejadian berlaku apabila suspek berusia 38 tahun yang memandu Toyota Hilux, dari arah Johor Premium Outlet (JPO), Jalan Persiaran Indahpura bertindak merempuh lima kereta.
Ketua Polis Kulai, Tok Beng Yeow berkata, suspek seterusnya memandu ke arah Lebuhraya Linkedua dan memasuki Lebuhraya Johor Bahru-Air Hitam sebelum merempuh bahagian belakang dua lagi kereta.
“Selepas merempuh tujuh kenderaan, suspek berhenti di tetapi jalan sebelum melarikan sebuah Perodua Axia yang dirempuhnya dan menuju ke arah stesen minyak Petronas Saleng, Kulai.
“Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan terhadap suspek ataupun mangsa dalam kejadian itu,” katanya di Facebook.
Tok berkata, anggota unit kereta peronda polis (MPV), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai sedang melakukan rondaan, sebelum menerima maklumat kejadian pada 7.30 malam.
“Susulan kejadian itu, polis menahan suspek dan dibawa ke IPD Kulai untuk tindakan lanjut.
“Ujian hembusan nafas dijalankan ke atas suspek mendapati dia positif alkohol, manakala ujian saringan air kencing, dia negatif dadah,” katanya.
Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kulai dan direman tiga hari bermula hari ini.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 427 dan 379A Kanun Keseksaan, Seksyen 42 dan Seksyen 454 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2000),” katanya. FMT
Polis tahan lelaki mabuk selepas rempuh 7 kenderaan, larikan sebuah kereta
Baca Artikel Menarik:
- Misteri kehilangan warga emas pandu Myvi terungkai
- China kerah pesawat pengebom nuklear
- Lesen GDL bebankan ‘rider’, bukan penyelesaian isu keselamatan
- Dulu bukan main bangga dengan LCS, sekarang Chin Tong buat bising pula
- Memeranjatkan jika saya perlu siasat Hakim Mohd Nazlan – Najib
- Hasanah dibebas sepenuhnya kes pecah amanah RM50.4 juta
- Tutup SPAD: Saya kena tanggung dosa PH – Wee Ka Siong
- Siasat doktor rakam video pekerja bogel dalam tandas – Exco
- Umpama Berniaga Zaman Jahiliah! Hukum Jual Beli ‘Cedok’ Di TikTok Adalah Haram- Pakar Syariah
- Pegawai hanya tahu makan gaji jangan hantar ke ‘JAKOA’ – MP Cameron Highland
- Isu LCS serlah hipokrasi PKR, DAP
- Polis buru suspek samun bersenjata, tinggal kereta dalam keadaan terbakar
- Bayi 6 bulan maut dibawa ‘melancong’ 500 kilometer naiki motosikal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pengarah urusan dihukum penjara 230 tahun tipu pakej umrah, ziarah
‘Dia bukan anak atau anak ikan tetapi suami saya yang sah’
You must be logged in to post a comment.