Liga Premier : Perak FC tumpaskan Kelantan FC 2-1

Kelantan FC gagal mengekalkan rekod kemenangan di laman sendiri musim ini apabila tewas 1-2 kepada Perak FC dalam saingan Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad IV

KOTA BHARU – Kelantan FC gagal mengekalkan rekod kemenangan di laman sendiri musim ini apabila tewas 1-2 kepada Perak FC dalam saingan Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad IV di sini sebentar tadi.

Bagaimanapun, keputusan itu tidak mengubah kedudukan The Red Warriors (TRW) yang masih kekal di puncak liga dengan kelebihan lima mata mengatasi Johor Darul Ta’zim II yang berada pada kedudukan kedua.

Kelantan FC tidak menunggu lama untuk mengembirakan kira-kira 8,173 penyokong apabila pemain tengah, Jasmir Mehat menjaringkan gol pembukaan perlawanan pada minit kedua.

Perak FC seolah-olah tersentak dengan jaringan awal itu cuba bangkit dengan mengasak kubu pasukan tuan rumah untuk mencari gol penyamaan.

Percubaan skuad The Bos Gaurus berhasil apabila rembatan pasukan, Wan Zack Haikal Wan Nor dari luar kotak penalti berjaya menerjah jaring Kelantan FC pada minit ke-14.

Salah faham antara penjaga gawang, Nik Mohd. Amin Ahmad dan pemain pertahanan membawa padah buat kem tuan rumah apabila Khairul Helmi Johari tertanduk bola ke gawang sendiri sekali gus menghadiahkan gol kedua buat pasukan pelawat enam minit kemudian.

Kelantan FC yang bermain dalam tekanan terus berusaha mengatur serangan ke kubu lawan untuk mencari gol penyamaan sebaik sahaja perlawanan bersambung pada babak kedua.

Bagaimanapun, pemain-pemain Perak FC bijak mengatur serangan dan bertahan sepanjang perlawanan.

Anak-anak buah Rezal Zambery Yahya hampir memperoleh jaringan penyamaan pada minit ke-74 apabila Mohamad Ikhwan Yazek melakukan rembatan kencang, namun diselamatkan oleh penjaga gol Perak FC, Muhammad Zamir Selamat.

Perak FC terus kental bertahan sekali gus menafikan setiap serangan TRW untuk memuktamadkan kemenangan buat skuad The Bos Gaurus. –

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Khairuddin haiwan politik, tak kenang jasa Bersatu – Sanusi

Menteri guna kereta elektrik mulai tahun depan – Tuan Ibrahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker