Balik kampung rupanya…

Balik kampung rupanya…

Pelatih Kelab Pahlawan Muay Thai yang didakwa hilang di kawasan Rekreasi Bukit Kiara, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), di sini, pagi semalam, tidak hilang sebaliknya pemuda itu pulang ke kampung di Kedah.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, polis menerima aduan daripada jurulatih Muay Thai mengenai kehilangan pelatih terbabit pada 10 malam tadi.



“Hasil siasatan pihak polis mendapati orang hilang (OH) tidak pergi berjoging, sebaliknya pulang ke Kedah bersama rakannya.

“Jurulatih terbabit menarik balik aduan pada jam 9.25 pagi ini dan kes diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya memastikan maklumat yang diperoleh adalah sahih dengan merujuk saudara atau kenalan OH dahulu sebelum menularkannya.

Semalam, tular di Facebook (FB) kehilangan seorang lelaki di kawasan Rekreasi Bukit Kiara yang mana kali terakhir dilihat memakai seluar sukan muay thai serta memakai kasut berwarna merah dan putih. HM



Balik kampung rupanya…


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)



Khairuddin haiwan politik, tak kenang jasa Bersatu – Sanusi

Menteri guna kereta elektrik mulai tahun depan – Tuan Ibrahim



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker