Najib bagi bukti kapal perang LCS memang wujud

Najib bagi bukti kapal perang LCS memang wujud

Najib Razak hari ini mengemukakan beberapa keping gambar bagi membuktikan projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) benar-benar wujud dan bukan kapal halimunan seperti yang didakwa sesetengah pihak, khususnya pembangkang.

Menerusi hantaran di Facebook, katanya, projek itu sebenarnya telah dilewatkan, ditangguhkan dan dibekukan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Dr Mahathir Mohamad selepas menumbangkan BN pada pilihan raya ke-14.

“Ya, memang wujud. Bukan ghaib.

“Pembinaan projek LCS bermula sejak Jan 2015 selepas kontrak ditanda tangan pada Julai 2014 tetapi pembinaan telah dilewatkan, ditangguhkan dan dibekukan kerajaan PH selepas PRU14,” katanya.

Dia seterusnya mjelampirkan gambar terkini kerja pembinaan kapal LCS 1, LCS 2, LCS 3, LCS 4, LCS 5 yang diterbitkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) susulan pendedahan laporan mereka, baru-baru ini.

“Betul ke kapal LCS tak ada langsung?

“Mereka kata kapal halimunan, kata overall progress 57 peratus tapi tak nampak,” katanya sambil melampirkan emoji memakai kanta pembesar.

Selain Najib dan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri Pertahanan, Hishammuddin Hussein menjadi kecaman orang ramai susulan pendedahan PAC bahawa kira-kira RM6 bilion telah dibelanjakan, namun tidak ada satu kapal pun yang telah disiapkan. Mk

Najib bagi bukti kapal perang LCS memang wujud


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Khairuddin haiwan politik, tak kenang jasa Bersatu – Sanusi

Menteri guna kereta elektrik mulai tahun depan – Tuan Ibrahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker