Aman Central Mohon Maaf Isu Pakaian Seksi

Aman Central Mohon Maaf Isu Pakaian Seksi

Penganjur Kedah Fashion Week 2022 (KFW22) iaitu Aman Central memohon maaf susulan penularan gambar individu berpakaian mencolok mata ketika acara itu berlangsung pada hujung minggu yang lalu.

Individu tersebut merupakan tetamu

Aman Central menerusi satu kenyataan turut memaklumkan bahawa individu terbabit adalah tetamu yang hadir pada acara itu dan bukan model yang memperagakan fesyen pakaian.

Pihak kami kesal dengan perkongsian foto daripada salah seorang tetamu yang hadir ke KFW22 yang mana gambar itu tidak mencerminkan kod etika pemakaian yang ditetapkan pihak penganjur. Kami kesal atas segala kesulitan yang berlaku dan akan memastikan etika pemakaian yang ditetapkan di mana-mana majlis di pusat beli-belah Aman Central di sini akan dipantau dengan lebih ketat selepas ini.

Tambah pihak Aman Central, mereka telah mendapat kelulusan oleh pihak berwajib sebelum majlis tersebut dijalankan. Aman Central turut memohon maaf kepada semua pihak atas sebarang kejadian yang telah menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

Kenyataan Rasmi Aman Sentral

Aman Central Mohon Maaf Isu Pakaian Seksi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Khairuddin haiwan politik, tak kenang jasa Bersatu – Sanusi

Menteri guna kereta elektrik mulai tahun depan – Tuan Ibrahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker