Nazir dibidas Nur Jazlan

Nazir dibidas Nur Jazlan

Nur Jazlan Mohamed menyarankan Nazir Razak, adik kepada bekas perdana menteri Najib Razak, “duduk diam-diam” dan membiarkan SPRM melakukan tugas menangani rasuah.

Ini selepas Nazir mencadangkan dasar antirasuah seperti diamalkan di Hong Kong pada 1970-an, yang memberi pengampunan kepada kesalahan rasuah kecil sebelum 1977, dan hukuman tegas terhadap kesalahan selepas itu.

“Dia patut duduk diam-diam saja kerana dia merupakan individu yang diberikan peluang menjadi tokoh korporat di bawah kerajaan BN yang ditolak rakyat pada tahun 2018.

“Dia juga terpalit dengan kes dana 1MDB tapi tidak didakwa oleh kerajaan PH (Pakatan Harapan) atau PN (Perikatan Nasional).

“Biar SPRM jalankan tugas tanpa gangguan,” katanya Nur Jazlan, yang juga bekas pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara dan bekas timbalan menteri dalam negeri melalui mesej teks kepada Malaysiakini.

Ketika menghadiri acara di Pusat Dagangan Dunia KL pada Jumaat, Nazir ditanya perkara yang akan dilakukannya sekiranya berkuasa untuk mengatasi masalah sistemik negara, termasuk rasuah.

“Perkara kedua yang saya ingin tangani ialah rasuah, bagaimana untuk memecahkan rasuah (di negara ini). Terdapat model di Hong Kong pada 1970-an. Mereka merombak sistem, menawarkan pengampunan, dan ‘shoot to kill’ (hukuman tegas),” kata Nazir.

Dia berkata bahawa pengampunan untuk jenayah lampau mungkin boleh dilakukan jika ia “tidak serius”, agar usaha membendung rasuah yang berleluasa tidak disabotaj. Mk

Nazir dibidas Nur Jazlan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN

Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]

Glamor, nama sahaja tak cukup, Norman takkan masuk politik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker