SAH! Safawi kembali ke JDT dalam masa terdekat

KUALA LUMPUR: Bintang muda Harimau Malaya, Safawi Rasid tampak akan pulang ke tanah air dalam masa terdekat, sekali gus tidak menghabiskan tempoh pinjaman selama semusim bersama kelab, Portimonense SC.

Bayangan itu dapat dilihat menerusi Instastory @Portimonense1 yang memuat naik video dan gambar Safawi bersama kumpulan rakan sepasukannya di kelab Portugal itu.

Selain gambar, Instastory itu juga menulis: “Safawi…kita adalah satu keluarga…kami mendoakan yang terbaik untuk anda…Terima kasih Johor yang istimewa.”

Pemilik kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut berkongsi perkara itu di Instagram miliknya beserta ucapan “terima kasih”.

Tidak ketinggalan Safawi turut berkongsi video di Instastory @Portimonense1 pada laman Instagram miliknya.

Sebelum ini, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) mengesahkan Safawi akan kembali bersama JDT bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Hasrat peminat bola sepak negara untuk melihat Safawi membuat penampilan pertama di Liga Primeira, Portugal tidak kesampaian meskipun pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu empat kali berada dalam senarai pemain simpanan.

Safawi bawa impian besar ke Portugal

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker