85% pengguna tak terkesan 8% SST bil elektrik – Menteri Kewangan II

Hampir 85% pengguna tidak terkesan dengan kenaikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bagi bil elektrik mulai 1 Mac ini, kata Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata, kenaikan kadar SST daripada 6% kepada 8% itu hanya tertakluk kepada penggunaan melebihi 600 kilowatt sejam (kWj).

“Cukai berkenaan juga tidak akan dikenakan kepada perkhidmatan air dirawat.



“Kerajaan menjangkakan perubahan ini tidak menyebabkan kenaikan mendadak kepada harga perkhidmatan, sekaligus tidak akan membawa kejutan kepada ekonomi kerana kenaikan kadar cukai sebanyak 2% ini hanya melibatkan beberapa perkhidmatan bercukai sahaja,” katanya dalam kenyataan.

Amir berkata, kenaikan kadar SST hanya memfokuskan aktiviti berkaitan perkhidmatan kemahuan dan aktiviti antara perniagaan bagi memastikan rakyat tidak dibebani kadar cukai kepenggunaan lebih tinggi, khususnya dalam perkhidmatan keperluan penting.

“Bagi menjayakan transformasi ekonomi, kerajaan mengambil pendekatan berhati-hati dalam usaha mereformasi sistem percukaian negara. Meskipun adanya keperluan untuk mengembangkan hasil negara, kerajaan perlu menimbangkan ini dengan mengambil kira keperluan melindungi rakyat daripada beban berlebihan.”

Beliau berkata, perkhidmatan yang banyak digunakan rakyat seperti makanan dan minuman, penghantaran makanan dan minuman, logistik, telekomunikasi dan parkir kenderaan kekal dengan SST 6%.



Katanya, kerajaan menjangkakan tambahan hasil RM3 bilion daripada kenaikan kadar cukai itu yang akan membantu Putrajaya menambah baik bantuan bersasar kepada rakyat, memperbanyakkan penambahbaikan dan penyelenggaraan prasarana awam kritikal seperti penjagaan kesihatan, sekolah serta jalan raya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Apa jadi dengan Azhar Sulaiman?

Saya tak halalkan – Alif Satar



Marissa pusing 360 darjah – Abby

RM3.5j majlis perkahwinan anak jutawan Bawal Exclusive



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker