Menyamar ‘pegawai bank’ kutip wang jualan



RAKAMAN televisyen litar tertutup (CCTV) di sebuah premis di Slim River yang memaparkan kejadian seorang individu memperdaya mangsa bagi melarikan wang hasil jualan.

TANJUNG MALIM – Polis mengesan aktiviti penyamaran di daerah ini oleh seorang individu yang memperdaya mangsa bagi tujuan penipuan dengan melarikan wang hasil jualan.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Mohd. Hasni Mohd. Nasir berkata, empat laporan polis diterima membabitkan suspek berusia 30-an yang dikatakan menyamar sebagai pegawai bank dan wakil syarikat kononnya bagi membuat kutipan wang jualan untuk dimasuk ke dalam bank.

Katanya, kegiatan itu biasanya dilakukan suspek ketika pengurus kedai tiada di premis berkenaan.

“Suspek yang berpakaian kemas akan memperkenalkan diri sebagai wakil syarikat atau pegawai bank yang telah dilantik oleh pihak syarikat kepada pekerja di kaunter pembayaran.

“Setelah mengetahui pengurus tiada di premis, suspek memaklumkan kepada mangsa bahawa pengurus mewakilkannya untuk mengutip hasil jualan di premis tersebut,” katanya di sini hari ini.




Menurut beliau, berdasarkan siasatan, terdapat empat kejadian membabitkan individu sama sejak Januari lalu melibatkan kerugian berjumlah RM9,250.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Alat sulit patah ketika hubungan intim ganas dengan isteri

Punca aircond tak sejuk

I Love You Nina- Shila Amzah, Tokti & Fazura Antara Barisan Selebriti Beri Sokongan Buat Mizz Nina



Leave a Reply

Your email address will not be published.