Mengapa SPRM tidak dakwa Tok Pa, Mas Ermieyati dan Noor Azmi?
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengamalkan dwistandard dalam mendakwa Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi atas dakwaan menerima rasuah dan tidak bertindak terhadap bekas rakan partinya yang melompat ke Bersatu, kata Pengerusi DAP, Lim Guan Eng.
Ahli Parlimen Bagan itu berkata, SPRM hanya meneliti kes tiga bekas pemimpin Umno itu selepas Zahid mendedahkan mereka di mahkamah semasa membela diri.
Lim berkata, ketiga-tiganya yang melompat ke Bersatu selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kini menjadi menteri dan timbalan menteri dalam kerajaan semasa.
Dalam jawapan bertulis Parlimen baru-baru ini, Menteri Undang-undang, Wan Junaidi Tuanku Jaafar memberitahu Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh bahawa SPRM sedang meneliti dakwaan terhadap Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Undang-undang, Mas Ermieyati Samsuddin dan Timbalan Menteri Kesihatan, Noor Azmi Ghazali.
Katanya, ia berdasarkan laporan kepada SPRM berhubung dakwaan penyelewengan dana Umno bernilai puluhan juta ringgit oleh pemimpin terbabit semasa mereka bersama Umno menjelang PRU14.
Jun lalu, Zahid memberi keterangan ketiga-tiga Ahli Parlimen itu, iaitu Mustapa (Jeli), Mas Ermieyati (Masjid Tanah) dan Noor Azmi (Bagan Serai) meninggalkan parti itu untuk menyertai Bersatu “kerana takut” mereka akan disiasat SPRM.
Zahid mendakwa Mustapa, yang juga ketua Umno Kelantan ketika itu, menerima RM30 juta yang sepatutnya digunakan untuk membawa pulang penduduk Kelantan dari Lembah Klang mengundi pada PRU14, namun ia tidak diagihkan.
Beliau berkata, Mas Ermieyati diamanahkan dengan dana untuk menguruskan Puteri Umno pada PRU14, tetapi mendakwa ia dipindahkan ke akaun lain untuk kegunaan peribadinya. Beliau juga mendakwa abang Noor Azmi menyalahgunakan dana untuk pembangunan di kawasan Parlimennya.
Lim berkata, perkara itu menimbulkan persoalan dwistandard terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki yang menjejaskan integriti, kebebasan dan profesionalisme suruhanjaya itu.
“Azam sepatutnya meletak jawatan kerana membenarkan SPRM digunakan sebagai senjata politik demi kepentingan kerajaan dengan hanya mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen pembangkang dan menghentikan tindakan sedemikian apabila mereka berpaling tadah untuk menyokong perdana menteri,” katanya dalam kenyataan.
Mengapa SPRM tidak dakwa Tok Pa, Mas Ermieyati dan Noor Azmi?
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Tempoh menunggu Perodua Alza baharu hingga 10 bulan
- Wan Saiful meroyan PM batalkan pertemuan dengan Hamzah
- Saifuddin perli Rafizi? Selesaikan isu rakyat bukan main isu skandal
- Video lucah tersebar, ada pihak cuba jatuhkan Noh Salleh
- Bekas panglima TLDM: ‘BNS angkuh, sangat dilindungi’
- Elyana kesal komen biadap netizen
- Belajarlah mendoakan orang lain – Mizz Nina
- Wanita upah 3 perempuan simpanan untuk gembirakan suami
- Pelajar tingkatan 3 pukul guru disiplin guna batang penyapu
- Seperti Tikam Belakang Stokis Dan Agen, Neelofa Umum HQ Jual Innai NunHa Di Shopee
- Penyamun bersenjata parang Kota Bharu kantoi ditangkap peniaga Pakistan
- Anwar tibai Mahathir, baru sekarang nak bela Melayu, 22 bulan buat apa?
- Punca internet lemah di rumah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Alat sulit patah ketika hubungan intim ganas dengan isteri
I Love You Nina- Shila Amzah, Tokti & Fazura Antara Barisan Selebriti Beri Sokongan Buat Mizz Nina