Dilarang Berbikini, Tak Berbaju Antara Peraturan Baharu Di Pantai Itali Demi Kurang Kesan Kerosakan

Dilarang Berbikini, Tak Berbaju Antara Peraturan Baharu Di Pantai Itali Demi Kurang Kesan Kerosakan

BEBERAPA destinasi pantai di Itali memperkenalkan peraturan baharu sejak beberapa bulan kebelakangan ini untuk mengurangkan kesan kerosakan akibat pelancongan.

Ini termasuklah Sorrento, kawasan percutian popular di pantai Amalfi, yang turut mengumumkan larangan baharu terhadap pemakaian bikini.

Mereka yang melanggar peraturan boleh berdepan risiko denda sehingga €500 (RM2,273).

Peraturan itu juga terpakai kepada sesiapa sahaja yang berkeliaran di kawasan sekitar tanpa memakai baju.

Namun, pelancong bernasib baik kerana masih dibenarkan memakai pakaian renang di kolam renang atau berenang di kelab tepi pantai (beach club), tetapi perlu bertutup apabila berada di jalanan kerana ia dianggap menyebabkan ketidakselesaan dan kurang disenangi orang lain.

Pakaian renang hanya boleh dipakai di kolam renang dan ‘beach club’. 

Walau bagaimanapun, larangan mengejutkan itu bukanlah satu-satunya peraturan yang diumumkan di Itali.

Siaggia della Pelosa di Sardinia telah mengehadkan jumlah pelawat kepada 1,500 orang sehari, dan tuala juga dilarang.

Dilaporkan, larangan itu bertujuan untuk melindungi pasir pantai yang cantik dan lembut yang semakin berkurangan pada kadar yang tidak mampan kerana ditutupi dengan tuala dan dipijak keluar dari pantai.

Pengunjung perlu membayar untuk menyewa kerusi berjemur dan mereka perlu memakai gelang ID kuning semasa berada di pantai.

Anda akan dikenakan bayaran €3.50 (RM16) untuk memasuki kawasan itu.

kerusi berjemur freepik wirestock

Pengunjung perlu membayar untuk menyewa kerusi berjemur. -gambar hiasan foto Freepik / Wirestock

Pantai di Sardinia seperti Lu Impostu dan Brandinchi juga mengehadkan bilangan pelawat setiap hari.

Bayaran untuk memasuki pantai juga dikenakan kepada Cala Coticcio dan Cala Brigantina di taman negara La Maddalena serta La Pelosa dan Cala Mariolu.

Bayaran tersebut antara lainnya digunakan untuk membiayai kos penyelenggaraan dan memelihara keindahan destinasi percutian di teluk itu.

Sementara itu, jumlah kereta dihadkan di jalan raya antara Positano dan Vietri Sul Mare bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

positano freepik frimufilms

Positano di Itali. foto Freepik / Frimufilms

Pada hari ganjil dalam bulan itu, plat pendaftaran yang berakhir dengan nombor ganjil boleh menggunakan jalan raya.

Manakala pada hari genap dalam sebulan mereka yang berakhir dengan nombor genap dibenarkan memandu di laluan tepi laut.

Memetik Lonely Planet, peraturan itu dikuatkuasakan dari pukul 10 pagi hingga 6 petang pada hujung minggu hingga akhir September 2022. – Daily Star

Dilarang Berbikini, Tak Berbaju Antara Peraturan Baharu Di Pantai Itali Demi Kurang Kesan Kerosakan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Alat sulit patah ketika hubungan intim ganas dengan isteri

Punca aircond tak sejuk

I Love You Nina- Shila Amzah, Tokti & Fazura Antara Barisan Selebriti Beri Sokongan Buat Mizz Nina

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker