Tuduhan terhadap KPPA tidak benar dan berniat jahat – JPA

Tuduhan terhadap KPPA tidak benar dan berniat jahat – JPA

Segala pertuduhan terhadap Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) adalah tidak berasas dan berniat jahat untuk menjatuhkan imej beliau sebagai pegawai tinggi kerajaan.

Perkara itu ditegaskan Jabatan Perkhidmatan Awam dalam kenyataan hari ini berhubung tuduhan yang sedang tular kononnya KPPA mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Pegawai Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pagi 3 Ogos.

Menurut JPA, KPPA telah menegur pihak Imigresen di KLIA khususnya James Lee akan ketidakpatuhan amalan dan prosedur di mana pegawai tidak menyemak dokumen perjalanan dan pasport KPPA serta delegasi ke luar negara.

“Malahan mereka diarahkan terus ke kaunter pemeriksaan kastam untuk meneruskan perjalanan,” kata JPA.

JPA berpandangan bahawa ketidakpatuhan dalam menyemak dokumen imigresen seperti pasport adalah satu kesalahan yang serius di sisi udang-undang.

Malah, katanya, pegawai yang tidak mematuhi peraturan imigresen ke luar negara boleh diambil tindakan tatatertib.

Menurut JPA, teguran tersebut tidak dibuat di khalayak ramai malah KPPA hanya menasihatkan pegawai supaya mematuhi peraturan dan membantu menyelesaikan isu-isu sedemikian dengan berhemah. Beliau juga mengesyorkan supaya perlunya pihak Imigresen di KLIA meningkatkan pematuhan prosedur operasi piawai (SOP) bagi mengelakkan sebarang ketidakpatuhan imigresen.

Sehubngan dengan itu, JPA amat kesal dengan kenyataan-kenyataan palsu yang ditularkan di media sosial oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. “Justeru JPA ingin mengesyorkan supayA perkara ini disiasat sewajarnya oleh pihak berkuasa yang berkaitan,” katanya.

Semalam Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) mendakwa KPPA telah mengherdik Ketua Operasi Imigresen di KLIA di khalayak ramai.

Menurut KPISM, James Lee merupakan seorang pegawai yang cekap, berhemah dan sentiasa responsif terhadap sebarang situasi di tempat kerja. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin ketika diminta mengulas dakwaan tersebut telah mengarahkan satu siasatan dijalankan. MG

Tuduhan terhadap KPPA tidak benar dan berniat jahat – JPA


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Che Puan Nur Diana Petra Abdullah diisytihar sebagai Sultanah Kelantan berkuat kuasa hari ini

“Sampai Hati…Bapa Saya Baru Meninggal”-Azza Elite Kena Maki Dengan DIVA Azwan Ali Gara-gara…

Syed Saddiq, Dr Rafidah Bertikam Lidah Di Twitter Pasal Isu Merokok

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker