Bubar DUN serentak atau selepas Parlimen, keadaan PH tetap tertekan – penganalisis
Bubar DUN serentak atau selepas Parlimen, keadaan PH tetap tertekan – penganalisis
Penganalisis politik berpendapat kedudukan Pakatan Harapan (PH) tetap tertekan tidak kira sama ada Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan serentak ataupun selepas pembubaran kerajaan persekutuan.
Mereka berpendapat bahawa Barisan Nasional (BN) berada pada kedudukan kuat dalam masa terdekat ini selepas mendominasi dua pilihan raya negeri, walaupun hanya dengan jumlah pengundi kecil.
Pakar geostrategis Azmi Hassan berkata, kedudukan PH akan lebih genting sekiranya DUN di negeri Selangor dan Pulau Pinang dibubarkan, dan seterusnya BN berjaya menubuhkan kerajaan persekutuan.
“Kemungkinan PH membuat tafsiran bahawa BN akan menang besar ketika PRU15, dengan pengundi menyokong BN di peringkat parlimen dan turut menyokong parti sama di peringkat negeri.
“Kemelut sesama PH sendiri, khususnya dalam PKR secara langsung menambahkan lagi kelemahan PH, seterusnya memperlihatkan kekuatan BN dengan lebih ketara. Sebenarnya PH perlukan masa lebih lama untuk membuat persediaan menghadapi pilihan raya,” katanya ketika dihubungi FMT.
Sementara itu, Noor Nirwandy Mat Noordin dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) pula berkata, pembubaran DUN sama ada serentak mahupun selepas pembubaran parlimen tidak mendatangkan manfaat kepada PH berdasarkan situasi politik yang pasif pada masa ini.
“Berkemungkinan keputusan itu memihak kepada pembangkang sekiranya mereka boleh mengekalkan undi-undi aktif dan ahli penyokong.
“Namun, pada masa ini faktor itu agak sukar dicapai berdasarkan kemampuan BN dalam pilihan raya lepas serta kewujudan undi golongan muda yang belum digunakan ketika pilihan raya negeri Johor,” katanya.
Semalam, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata beliau tidak menolak membubarkan DUN serentak jika kerajaan persekutuan mengumumkan pembubaran Parlimen sebelum November bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Kenyataannya itu dilihat tidak sejajar dengan penegasannya pada Mac lalu untuk tetap menguatkuasakan DUN sehingga cukup tempoh iaitu pada Julai tahun depan, sekalipun Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran lebih awal.
Menurutnya sebelum itu, hasil perbincangan bersama beberapa menteri besar PH menganggap lebih baik pentadbiran sedia ada ditamatkan hingga akhir penggal, iaitu April atau Mei tahun depan.
Pada masa sama, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow turut memaklumkan berkemungkinan besar mengadakan pilihan raya negeri (PRN) serentak dengan PRU15 jika ia diadakan menjelang hujung tahun.
FMT
Bubar DUN serentak atau selepas Parlimen, keadaan PH tetap tertekan – penganalisis
Baca Artikel Menarik:
- Beli senjata api guna alamat kurier, kontraktor dicekup
- Zaid kini di pihak Najib
- Hot FM tak ‘curi’ Johan, Fizi – Nazri
- Pesta kutip ribuan minyak masak paket terapung di Laut Jawa
- Ibu muda jual gambar lucah demi raih populariti media sosial
- Aween perit jadi mangsa santau
- Ajak Shiro Buka Kisah Lama Dedah Sikap Shahrol… Suruh Tolak Tawaran ERA Fm Tapi…[VIDEO]
- Suria FM tak profesional – Shahrol Shiro
- Warga Singapura langgar kereta Tunku Idris tampil beri keterangan
- Ahli Parlimen dakwa Sabah, Sarawak jadi tong sampah untuk polis bermasalah
- Zamri Vinoth mengaku tak bersalah mendatangkan kecederaan, ugutan jenayah
- Lelaki campak 3 budak, terjun MRR2
- Kisah Cinta Aedy Ashraf & Amelia Henderson Dah Berakhir?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Che Puan Nur Diana Petra Abdullah diisytihar sebagai Sultanah Kelantan berkuat kuasa hari ini
“Sampai Hati…Bapa Saya Baru Meninggal”-Azza Elite Kena Maki Dengan DIVA Azwan Ali Gara-gara…
Syed Saddiq, Dr Rafidah Bertikam Lidah Di Twitter Pasal Isu Merokok