Janji PH mana boleh pakai – Pentadbir FB Najib Razak

#PRU15

Janji PH mana boleh pakai – Pentadbir FB Najib Razak

Pentadbir laman Facebook Najib Razak mempersoalkan janji Pakatan Harapan (PH) dalam manifesto PRU-15 berhubung saringan dalam lantikan pegawai tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut beliau, PH kononnya ingin memastikan pencalonan individu yang benar-benar berkecuali yang tidak akan melindungi kepentingan mana-mana pihak tertentu.



Namun, katanya, apabila menjadi kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), PH melantik Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Latheefa Koya menjadi Ketua pesuruhjaya SPRM.

“Ketika itu, tiada seorang pun dalam PH pernah membantah pelantikan Latheefa Koya.

“Janji PH mana boleh pakai?” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Sementara itu, dalam hantaran berasingan, pentadbir laman Facebook Najib Razak berkata, manifesto PRU15 PH juga tidak menyebut tentang janji untuk memansuhkan tol sekiranya mereka menjadi kerajaan semula.



Beliau menambah, perkara itu adalah berbeza dengan yang dijanjikan oleh Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Oktober lalu dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng kelmarin.

“Namun semalam, manifesto PH bagi PRU15 cuma janji bahawa PH akan kaji semula semua perjanjian konsesi tol (macam 22 bulan tak cukup masa untuk kaji) bagi kurangkan tol secara berperingkat jika menang semula.

“Tak lagi janji mansuhkan tol seperti diumum oleh Anwar dan Guan Eng pada tempoh bulan yang lepas,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Selain itu, beliau memberitahu, PH menyatakan bahawa pengurangan kadar tol 18 peratus ketika kerajaan PH memerintah selepas PRU-14 merupakan ‘pencapaian’ dan bukti komitmen mereka.



Walau bagaimanapun, katanya, PH tidak menyebut bahawa pengurangan kadar tol 18 peratus ini dicapai dengan menggandakan baki tempoh konsesi tol dari 18 tahun lagi ke tahun 2038 kepada 38 tahun lagi ke tahun 2058.

“Perkara ini tidak akan disebut PH pada mana-mana ceramah dorang ketika mereka claim credit bagi diskaun 18 peratus ini. Cuba tanya mereka,” katanya.

Pentadbir laman Facebook Najib Razak secara sinis berkata, sekiranya PH menang dan mereka terus mengkaji dan menurunkan kadar tol secara berperingkat seperti yang dijanjikan, tidak mustahil tempoh konsesi tol akan dilanjutkan lagi ke 2078, 2098 atau 2118.

“Masa itu Anwar mungkin sudah menjadi bakal Perdana Menteri ke-22 Malaysia pada ketika makhluk asing dari planet Marikh sudah mendarat di Bukit Bintang,” katanya. MG



Janji PH mana boleh pakai – Pentadbir FB Najib Razak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15: Ini senarai penuh calon-calon Barisan Nasional



Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)

Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker