MB Kedah tetap kata kebun Musang King bukan punca tragedi banjir
Projek ladang durian Musang King di Gunung Inas di sini bukanlah punca tercetusnya tragedi banjir aliran puing yang berlaku pada 4 Julai lepas di daerah ini sehingga mengorbankan tiga nyawa.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, tiada kolam takungan air projek ladang durian itu yang dikesan pecah seperti dakwaan pihak tertentu.
“Kalau ikut pakar yang mengemukakan laporan kepada agensi yang diketuai oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), tidak ada sebab (untuk mengaitkan) projek Musang King.
“Kolam Musang King tidak pecah, jadi itu hanya usikan daripada netizen dan orang ramai dengan fakta yang tidak benar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Perumahan Bantuan Banjir Baling di Kampung Sadek dekat sini hari ini.
Beliau demikian ketika diminta mengulas mengenai desakan penduduk Kampung Padang Empang dekat sini agar projek ladang durian itu dihentikan susulan tragedi banjir itu sehingga memusnahkan 17 rumah penduduk akibat dibawa arus deras.
Mengulas kejadian banjir di beberapa kampung di Mukim Baling semalam yang didakwa akibat aliran air dari Gunung Inas, Muhammad Sanusi berkata, puncanya belum dapat dipastikan.
“Tunggu laporan KeTSA,” katanya.
Seramai 41 mangsa banjir membabitkan 12 keluarga dari lima kampung ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Baling setakat 8 pagi.
Menteri Besar Kedah itu juga berkata, projek ladang durian Musang King di Hutan Simpan Kekal Rimba Teloi, Sik akan diteruskan.
“Di Sik, ada jawatankuasa yang ditubuhkan… dah melawat semua tempat yang berisiko. Sik itu kawasan muka bumi tidaklah tinggi macam Gunung Inas… kawasan berbukit tetapi tak tinggi sangat. Jarak dengan kampung terdekat sekitar dua kilometer,” katanya
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Beli senjata api guna alamat kurier, kontraktor dicekup
- Zaid kini di pihak Najib
- Hot FM tak ‘curi’ Johan, Fizi – Nazri
- Pesta kutip ribuan minyak masak paket terapung di Laut Jawa
- Ibu muda jual gambar lucah demi raih populariti media sosial
- Aween perit jadi mangsa santau
- Ajak Shiro Buka Kisah Lama Dedah Sikap Shahrol… Suruh Tolak Tawaran ERA Fm Tapi…[VIDEO]
- Suria FM tak profesional – Shahrol Shiro
- Warga Singapura langgar kereta Tunku Idris tampil beri keterangan
- Ahli Parlimen dakwa Sabah, Sarawak jadi tong sampah untuk polis bermasalah
- Zamri Vinoth mengaku tak bersalah mendatangkan kecederaan, ugutan jenayah
- Lelaki campak 3 budak, terjun MRR2
- Kisah Cinta Aedy Ashraf & Amelia Henderson Dah Berakhir?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Che Puan Nur Diana Petra Abdullah diisytihar sebagai Sultanah Kelantan berkuat kuasa hari ini
“Sampai Hati…Bapa Saya Baru Meninggal”-Azza Elite Kena Maki Dengan DIVA Azwan Ali Gara-gara…
Syed Saddiq, Dr Rafidah Bertikam Lidah Di Twitter Pasal Isu Merokok
You must be logged in to post a comment.