BN belum beri jawapan permohonan PBM – Zuraida

BN belum beri jawapan permohonan PBM – Zuraida

Barisan Nasional belum memberi maklum balas berhubung permohonan Parti Bangsa Malaysia (PBM) untuk menyertai gabungan itu.

Bakal Presiden PBM, Zuraida Kamaruddin, berkata pihaknya menghantar surat permohonan untuk menyertai BN pada tiga minggu lalu.

“Jadi kita masih menunggu jawapan lagi,” kata Zuraida menurut MalaysiaGazette.

Jun lalu, Zuraida selepas diumum sebagai bakal presiden PBM memaklumkan akan mengetuai perbincangan parti itu dengan BN untuk kerjasama bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Susulan itu, Ahmad Zahid Hamidi yang juga pengerusi BN memaklumkan pihaknya terbuka untuk menerima mana-mana parti yang yakin dengan prinsip BN termasuk PBM.

Bagaimanapun, selepas pengumuman itu, BN Ampang menolak untuk bekerjasama dengan Zuraida bagi menghadapi PRU dengan alasan pihaknya tidak boleh bekerjasama dengan PBM kerana mereka adalah golongan meninggalkan PKR dan pernah menjadi lawan kepada BN.

Bantahan itu dibuat menerusi kain rentang yang dipasang di sekitar kawasan Parlimen berkenaan termasuk di depan pejabat Umno Bahagian Ampang. FMT

BN belum beri jawapan permohonan PBM – Zuraida


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Che Puan Nur Diana Petra Abdullah diisytihar sebagai Sultanah Kelantan berkuat kuasa hari ini

“Sampai Hati…Bapa Saya Baru Meninggal”-Azza Elite Kena Maki Dengan DIVA Azwan Ali Gara-gara…

Syed Saddiq, Dr Rafidah Bertikam Lidah Di Twitter Pasal Isu Merokok

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker