Ainul Mardhiah buka mata sekejap, bapa yakin anaknya kuat

Ainul Mardhiah buka mata sekejap, bapa yakin anaknya kuat

Keadaan kesihatan Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin menunjukkan peningkatan dari semasa ke semasa dan kini dilihat mampu buka mata walaupun hanya seketika.

Menurut bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, anaknya masih dalam keadaan kritikal dan kesihatannya lebih baik daripada semalam.

“Doktor dan pasukan perubatannya masih perlu berjaga-jaga dan bersedia jika serangan bertambah buruk.

“Untuk masa sekarang, usaha doktor dan pasukan perubatannya yang merawat semalam dapat turunkan beberapa bacaan yang kritikal semalam. Alhamdulillah syukur. Terima kasih doktor,” katanya dalam sebuah hantaran di akaun Facebook miliknya.

Mengulas lanjut, Safiuddin menyatakan Ainul masih direhatkan dan masih perlu bantuan ventilator kerana dia masih dirawat di unit jagaan rapi.

“Terima kasih tak terhingga buat semua yang sentiasa mendoakan. Kami sekeluarga sangat menghargainya.

“Tadi nampak Ainul buka mata sekejap, Ainul ni kuat betul, dalam keadaan separa sedar dia masih ada tenaga melawan, Ainul memang seorang ‘fighter’, semangat juangnya tinggi,” katanya.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin kini dalam keadaan stabil selepas dikejarkan ke unit rawatan rapi Pediatrik (PICU) bagi mendapatkan rawatan semalam.

Keadaan kanak-kanak berusia 3 tahun itu juga berada dalam keadaan yang stabil di hospital dan sudah boleh diberikan susu. K Online

Ainul Mardhiah buka mata sekejap, bapa yakin anaknya kuat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Che Puan Nur Diana Petra Abdullah diisytihar sebagai Sultanah Kelantan berkuat kuasa hari ini

“Sampai Hati…Bapa Saya Baru Meninggal”-Azza Elite Kena Maki Dengan DIVA Azwan Ali Gara-gara…

Syed Saddiq, Dr Rafidah Bertikam Lidah Di Twitter Pasal Isu Merokok

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker