Gagal isytihar hidangan sarapan, penumpang syarikat penerbangan didenda
Gagal isytihar hidangan sarapan, penumpang syarikat penerbangan didenda
Sydney: Seorang penumpang syarikat penerbangan didenda hampir 2,664 Australian dollar (RM8,224) selepas gagal mengisytiharkan dua McMuffin telur dan sosej daging serta croissant ham ketika tiba di Lapangan Terbang Darwin, di sini.
Makanan itu ditemui di dalam bagasi oleh anjing keselamatan lapangan terbang sebaik tiba di Australia.
Penumpang yang tidak disebutkan nama itu dalam perjalanan dari Indonesia ke Australia, lapor Jabatan Pertanian, Perikanan dan Perhutanan Australia, lapor SCMP.com.
Insiden itu berlaku selepas pihak berkuasa Australia melaksanakan peraturan biosekuriti baharu selepas wabak penyakit kaki dan mulut (FMD) di Indonesia merebak ke Bali.
“Ini akan menjadi hidangan paling mahal yang pernah dimiliki penumpang ini, denda ini adalah dua kali ganda kos tambang penerbangan ke Bali.
“Tetapi saya tidak bersimpati terhadap individu yang memilih untuk tidak mematuhi langkah biosekuriti ketat Australia, dan pengesanan baru-baru ini menunjukkan anda akan ditangkap,” kata Menteri Pertanian Murray Watt dalam satu kenyataan.
Menurut Watt, anjing pengesan biosekuriti baharu lapangan terbang itu, Zinta, menemui daging itu minggu lalu dalam beg galas seorang penumpang yang tiba dari Indonesia.
Produk daging yang dirampas akan diuji untuk FMD sebelum ia dimusnahkan, kata Watt.
“Australia adalah negara bebas FMD, dan kami mahu ia kekal seperti itu.
“Biosekuriti bukan jenaka, ia membantu melindungi pekerjaan, ladang, makanan dan menyokong ekonomi kami,” katanya.
Katanya, penumpang yang memilih untuk melakukan perjalanan perlu memastikan mereka memenuhi syarat untuk memasuki Australia, dengan mengikuti semua langkah biosekuriti.
Penumpang itu, kata pegawai, diberikan notis pelanggaran 12 unit kerana gagal mengisytiharkan item berpotensi mempunyai risiko biosekuriti tinggi dan menyediakan dokumen palsu serta mengelirukan. HM
Gagal isytihar hidangan sarapan, penumpang syarikat penerbangan didenda
Baca Artikel Menarik:
- Penganggur maut ditetak ketika menjamu selera
- Perlantikan Timbalan Perdana Menteri tiada langsung keperluan
- DJ Lin kesal tindakan Fizi Ali
- ‘Serbuan’ ADUN Titi Serong, polis tahan 3 lelaki disyaki terbabit judi dalam talian
- Lelaki geram belasah teman wanita di pawagam kerana minta berpisah
- Budak lelaki masuk dalam kain, penyanyi wanita teruskan nyanyian
- Pesan nasi ayam, dapat lauk tikus ‘crispy’
- Ini punca mengapa adik Ainul Mardhiah tenat
- Serah Pada Allah dan Polis Je – Fazura
- Kak KM kena kecam goyang ‘aset’ rai kemenangan kes saman (Video)
- RM45,000 hilang ketika serbuan, pegawai dan 2 anggota polis ditahan
- Yusof Haslam minta Syamsul, isteri perbetul keadaan
- Mi segera, ini 10 fakta kenapa anda perlu elak beri anak makan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pesawat terhempas di Ipoh, jurulatih penerbangan maut [VIDEO]
Kereta BMW plat Singapura langgar kereta anak Sultan Johor [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.