Zahid syor naikkan elaun pendakwah JAKIM, JAIN, MAIN
Zahid syor naikkan elaun pendakwah JAKIM, JAIN, MAIN
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta supaya elaun pendakwah kontrak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam negeri (MAIN) dan Majlis Agama Islam negeri (MAIN), dinaikkan.
Timbalan Perdana Menteri berkata, elaun yang turut diberikan kepada penggerak masyarakat Orang Asli, mubaligh serta guru agama itu wajar dinaikkan selaras kadar gaji minimum.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, syor itu munasabah selepas mengambil kira pelbagai permasalahan perlu dihadapi golongan berkenaan, terutama dalam kalangan saudara baharu di pedalaman.
“Pendakwah atau mubaligh ini dikategorikan sebagai usaha dakwah sukarela dan dikenali sebagai sukarelawan penyebaran dakwah. Namun JAIN, MAIN dan JAKIM sudah mengambil beberapa inisiatif untuk meletakkan mereka sebagai pendakwah perkhidmatan secara kontrak.
“Justeru, jumlah elaun yang diberikan kepada mereka secara relatifnya masih rendah, walaupun perlu menyantuni banyak permasalahan, terutama dalam kalangan saudara baharu di pedalaman,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media Konvensyen Mualaf Madani Peringkat Kebangsaan 2023 di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, dekat sini, hari ini.
Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusoff.
Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Halal Malaysia melancarkan aplikasi Glosari Bahasa Isyarat Islam (i-SIGN) sempena Sambutan Jubli Perak 25 tahun ILIM.
Aplikasi yang julung kali diperkenalkan di dunia itu dilancarkan, khusus bagi memenuhi keperluan komuniti orang kurang upaya (OKU) pendengaran.
i-SIGN adalah inisiatif ILIM bagi pembangunan latihan untuk menyantuni komuniti OKU pendengaran, terdiri daripada pelbagai peringkat masyarakat, termasuk golongan mualaf dan Orang Asli.
ILIM adalah hasil cetusan idea dilontar dan dipersetujui Badan Perunding Islam yang pernah dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
ILIM menjadi satu-satunya institusi latihan awam Islam bagi membangunkan kompetensi ilmu, sahsiah, kepimpinan dan pengurusan berasaskan kerangka islami dalam perkhidmatan awam di negara ini, sejak dibangunkan pada 1997. BH
Zahid syor naikkan elaun pendakwah JAKIM, JAIN, MAIN
Baca Artikel Menarik:
- Marah diperli jiran punca lelaki letupkan bom
- Sorok beras tempatan, kilang di Kedah disita
- Keselamatan Roger Ng dalam bahaya – IGP
- Suami terkejut isteri buat servis di laman web lucah
- Gaza dikepung, penduduk tanpa bahan api, ubat, makanan
- Pasangan suami isteri pelajar USIM, 4 anak maut serangan Israel di Gaza
- Saya sudah cuba… Tapi gagal – Mawar Rashid
- 2 leftenan Kolonel didakwa cabul gadis kedi golf
- Presiden Palestin Abbas mohon bantuan Presiden Rusia untuk hadapi Israel
- Buat laporan tentang pemandu mabuk, dipersendakan pulak?
- Siapa GF Naim Daniel, Iman Troye ke Sissy Iman?
- Mais selar dakwaan Dusuki
- Bayaran Janna Nick tahap diva, tak mampu nak bayar
- Have fun jaja cerita cerai saya – Nadia Annuar
- Kahwinlah Anju, elak buat dosa, nasihat netizen
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Badrul Muhayat makin berisi lepas kahwin lagi
Penyanyi tak bayar sewa dan bil letrik, tuan rumah buat laporan polis
You must be logged in to post a comment.