Mayat dua beradik dah sebulan reput

Mayat dua beradik dah sebulan reput

Sydney: Dua beradik perempuan yang berasal dari Arab Saudi ditemukan terbaring mati di flat di sini dan mereka dipercayai sudah meninggal dunia selama sebulan.

Metro UK melaporkan polis masih tidak dapat menentukan punca dua beradik perempuan itu meninggal dunia.

Mayat Asra Abdullah Alsehli, 24, dan Amaal Abdullah Alsehli, 23, ditemukan di flat di kawasan Canterbury di sini, pada 7 Jun lalu.

Kegagalan mereka membuat bayaran sewa membawa kepada pemeriksaan pasukan kebajikan di alamat berkenaan.

Polis terkejut apabila menemui dua mayat yang sudah mereput di dalam apartmen itu.

Tiada tanda-tanda pencerobohan di rumah dua beradik itu dan tiada punca yang jelas dikaitkan dengan kematian mereka.

Terdahulu, sebuah portal mendedahkan dua beradik itu berasal dari Arab Saudi sambil menambah bahawa mereka mempunyai ‘hubungan baik’.

Konsulat Arab Saudi di Sydney dilaporkan membantu siasatan polis susulan kematian tragis itu.

Kedua-dua adik perempuan itu dikatakan meninggalkan Arab Saudi pada 2017.

Mereka dikatakan sangat jarang dilihat di bangunan pangsapuri mereka.

Tiada siapa yang pada mulanya menyedari apa-apa yang tidak kena di bangunan pangsapuri itu sehinggalah selepas mereka ditemukan meninggal dunia.

Kes itu masih dalam siasatan pihak berkuasa. HM

Mayat dua beradik dah sebulan reput


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hukum iringi jenazah dengan bacaan al-Fatihah

Ziana Zain tarik macam tu saja dekat kedai makan (Video)

ISA tak zalim, SOSMA zalim pulak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker