Oktoberfest: MP Melayu DAP melenting, gesa menteri agama jangan campur tangan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad dinasihatkan, tidak campur tangan dalam acara kebudayaan orang bukan Islam di negara ini, sebaliknya perlu tumpukan khidmatnya kepada orang Islam sahaja.

Ahli Parlimen Raub, Tengku Zulpiri Shah Raja Puri berkata, perbuatan campur tangan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam sebenar selain boleh menjejaskan imej agama Islam itu sendiri.

“Aktiviti perniagaan yang tidak halal oleh orang bukan Islam adalah kebebasan yang terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan, saya sebagai Ahli Parlimen beragama Islam akur orang Islam tidak patut minum minuman yang beralkohol dan terlibat dalam aktiviti haram dari segi agama Islam.

“Tetapi umat Islam tidak harus campur tangan dalam hal ehwal budaya, kehidupan dan aktiviti perniagaan masyarakat bukan Islam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pandangan Idris yang berpandangan, festival Oktoberfest tidak sepatutnya disambut kerana boleh mencetuskan masalah sosial.

Tengku Zulpuri menjelaskan, festival Oktoberfest adalah aktiviti mempromosikan bir yang diadakan secara dalaman di restoran atau pub yang tidak halal dan bukan secara terbuka seperti didakwa Idris sebelum ini.

Ahli Parlimen DAP itu mendakwa, kenyataan menteri agama itu berkaitan aktiviti perniagaan restoran bukan Islam, bukan sahaja boleh menjejaskan imej Islam.

Katanya lagi, tindakan Idris mengulangi kenyataan yang boleh mengganggu keharmonian di antara orang Islam dan bukan Islam sama seperti dilakukan dalam kenyataannya mengenai perayaan Bon Odori.

Bulan lalu, Idris menyeru umat Islam supaya tidak menyertai sambutan Bon Odori yang dianjurkan oleh Kedutaan Jepun.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hukum iringi jenazah dengan bacaan al-Fatihah

Ziana Zain tarik macam tu saja dekat kedai makan (Video)

ISA tak zalim, SOSMA zalim pulak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker