PRU15: Ismail Sabri Ingatkan Ahli UMNO, BN Jangan Sabotaj Calon Yang Dipilih

PRU15: Ismail Sabri Ingatkan Ahli UMNO, BN Jangan Sabotaj Calon Yang Dipilih

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengingatkan semua anggota parti agar tidak melakukan sabotaj ke atas calon yang dipilih untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

“Saya risau kerana ada orang dapat bertanding, dan ada orang tak dapat bertanding. Maksudnya dalam satu-satu bahagian, yang boleh bertanding Parlimen seorang. Yang layak semua termasuk ketua cawangan. Yang dapat bertanding seorang.

“Jadi saya harap jangan yang tidak dapat (jadi calon) merajuk. Tetapi kalau merajuk itu okey lagi, tiga empat bulan duduk rumah tak payah keluar tidak apa… sebab nak mengubati jiwa. Saya faham, sebab kita manusia dan kita semua kerja kuat.

“Bagi saya kecewa tidak apa, yang tidak boleh ialah sabotaj kawan yang bertanding. Kita mesti tahu yang bertanding bukan diri dia, tetapi parti BN (Barisan Nasional), menggunakan lambang BN, bukan gambar kita di kertas undi,” tegasnya.

Justeru, beliau berharap semua pihak mendapat mesej yang jelas mengenai perkara itu memandangkan terlalu banyak kejadian ‘cah keting’ berlaku dalam kalangan mereka yang tidak dipilih menjadi calon pilihan raya.

“Itu sebab saya harap (cah keting) juga tidak berlaku di Selangor sebab tugas di Selangor ini besar iaitu untuk menang semula negeri daripada tangan pembangkang,” ujar beliau.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Konvesyen BN Negeri Selangor 2022 di sini pada Ahad.

Dalam pada itu, Ismail Sabri mengesahkan PRU15 akan diadakan terlebih dahulu sebelum Pemilihan UMNO.

Bagaimanapun, beliau tidak mahu mendedahkan tarikh sebenar pilihan raya umum berkenaan.

“Sekarang ini, kita pilihan raya dulu ya, confirm pilihan raya dulu daripada pemilihan parti. Ini saya nak beritahu.

“Tarikh bila, saya tidak boleh nak sebut. Pilihan raya dulu (diadakan). Sama ada tahun ini atau tahun depan. Sama ada Sabtu atau Ahad, tak tahu lagi. Saya tak boleh beritahulah,” katanya.AA

PRU15: Ismail Sabri Ingatkan Ahli UMNO, BN Jangan Sabotaj Calon Yang Dipilih

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hukum iringi jenazah dengan bacaan al-Fatihah

Ziana Zain tarik macam tu saja dekat kedai makan (Video)

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker