BN tunai hasrat rakyat walaupun tak janji – Noh Omar

BN tunai hasrat rakyat walaupun tak janji – Noh Omar

Barisan Nasional (BN) tidak pernah menjanjikan perkara tertentu bagi memenangi pilihan raya sebelum itu, tetapi terus menunaikan hasrat rakyat melalui tindakannya, kata Ketua Umno Selangor Noh Omar.

Beliau memberi contoh pemansuhan beberapa tol di negeri itu melibatkan Batu Tiga dan Sungai Rasau



“BN tidak pernah berjanji untuk menghapuskan tol, tetapi kita membatalkan 3 tol dari Batu Tiga ke Sungai Rasau. Kita tak janji, tetapi kita buat,” katanya ketika menghadiri Konvensyen BN Selangor di Setia City Convention Center, Shah Alam.

Menurutnya, biarpun Pakatan Harapan (PH) mengambil cadangan pemimpin tempatan berkaitan pemansuhan tol dan menabur janji itu sekiranya menang PRU, namun mereka tetap tidak melakukan apa-apa.

Kata Noh, Selangor hanya mendapat manfaat daripada projek kerajaan persekutuan kerana jika tidak, ia mungkin menjadi lebih mundur lagi.

“Projek pembangunan negeri seperti Transit Aliran Ringan (LRT) sebenarnya datang daripada kerajaan persekutuan. Selangor hanya mendapat rahmat dan manfaat daripada projek kerajaan persekutuan.



“Jika kerajaan persekutuan tidak membantu, mungkin hari ini Selangor menjadi negeri yang lebih mundur lagi, dari segi pembangunan ekonomi pun sekadar mencapai 84% sahaja,” katanya.

Beliau juga berharap agar rakyat dapat membuat penilaian yang baik menjelangnya PRU15 dan bukan hanya melihat berdasarkan parti semata-mata.

“Rakyat boleh menilai perkara itu. Perkara penting inilah yang perlu kita bangkitkan. Bangkit bukan bangkit semangat, tetapi bangkit semula pengorbanan dan perjuangan kita yang boleh memberi faedah kepada rakyat Selangor, yang mungkin ketika itu tidak dilihat oleh rakyat,” tambahnya. FMT

BN tunai hasrat rakyat walaupun tak janji – Noh Omar




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hukum iringi jenazah dengan bacaan al-Fatihah



Ziana Zain tarik macam tu saja dekat kedai makan (Video)

ISA tak zalim, SOSMA zalim pulak



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker