Wanita terkaya Asia rugi lebih RM52 bilion

BEIJING – Wanita paling kaya di Asia, Yang Huiyan hilang lebih separuh daripada hartanya pada  tahun lalu selepas sektor hartanah China berdepan masalah aliran tunai, lapor portal berita MailOnline.

Huiyang, 41, yang merupakan  pemegang saham majoriti dan naib pengerusi syarikat gergasi hartanah China Country Garden, menyaksikan kekayaan bersihnya merosot ebih 52 peratus daripada AS$23.7 bilion (RM105 bilion) kepada cuma AS$11.3 bilion (RM50.2 bilion) pada 2021.

Nasib malang Huiyang  berterusan apabila saham Country Garden yang tersenarai di Hong Kong, susut 15 peratus pada Rabu lalu selepas syarikat itu mengumumkan akan menerbitkan saham baharu untuk mendapatkan modal.

Sektor hartanah menyumbang antara 18 hingga 30 peratus keluaran dalam negara kasar (KDNK) China  dan merupakan pemacu utama pertumbuhan ekonomi kedua terbesar di dunia tersebut.

Krisis bermula apabila pihak berkuasa China berusaha membanteras  hutang berlebihan dalam sektor hartanah pada 2020, menyebabkan pemain industri utama seperti Evergrande dan Sunac bergelut untuk membuat pembayaran dan memaksa mereka berunding dengan pemiutang bagi mengelakkan  muflis.

Pembeli di seluruh negara yang berang berikutan pembinaan tergendala  dan kelewatan hartanah disiapkan, enggan membuat bayaran gadai janji untuk rumah mereka sebelum ia siap dibina.

Walaupun Country Garden  tidak terjejas oleh kegawatan industri itu, pengumuman pada Rabu lalu menakutkan pelabur. Ia berikutan matlamat syarikat itu mahu mengumpulkan  model lebih  AS$343 juta (RM1.5 bilion) melalui penjualan saham, sebahagiannya untuk membayar hutang.

“Hasil terbitan saham ini akan digunakan untuk membiayai semula hutang luar pesisir sedia ada, modal kerja am dan pembangunan masa hadapan,” demikian menurut kenyataan Country Garden dalam satu makluman kepada bursa saham Hong Kong.

Huiyang mewarisi saham syarikat bernilai beberapa bilion  dolar ini daripada bapanya, Yang Guoqiang.

Hartawan itu memindahkan pemilikan sahamnya kepada Huiyang pada 2005, manakala beliau  menjadi wanita terkaya di Asia dua tahun kemudian semasa usianya masih muda iaitu 26 tahun,

Menjelang 2020 nilai kekayaan  Huiyang melebihi AS$20 bilion (RM88 bilion), yang mana beliau diikuti rapat oleh taikun  industri kimia, Fan Hongwei dengan anggaran kekayaan berjumlah AS$11.2billion (RM49.8 bilion). – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hukum iringi jenazah dengan bacaan al-Fatihah

Ziana Zain tarik macam tu saja dekat kedai makan (Video)

ISA tak zalim, SOSMA zalim pulak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker