Elektrik terputus: 1 juta akaun pengguna terjejas bakal terima rebat

KOTA BHARU – Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan memberikan rebat kepada 1 juta akaun pengguna yang terjejas akibat gangguan bekalan elektrik di beberapa buah negeri pada Rabu lalu.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pengguna yang terjejas dalam kejadian tersebut merangkumi akaun domestik, industri dan komersial terutamanya melibatkan peniaga.

Menurutnya, pihak yang terlibat boleh membuat tuntutan jumlah kerugian yang dialami sepanjang kejadian tersebut kepada pihak TNB.

Takiyuddin (depan, tiga dari kiri) bersama kepimpinan Pas menyanyikan lagu kebangsaan dan parti pada Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Kota Bharu kali ke-55 di Hotel H Elite, Kota Bharu hari ini. FOTO MUSTAQIM MOHAMED

“TNB mencatatkan sebanyak 9 juta akaun domestik di seluruh negara, namun 1 juta akaun pengguna daripada keseluruhan jumlah itu dikesan terlibat dalam kejadian berkenaan.

“Bekalan elektrik terputus berlaku pada pukul 12.39 tengah hari pada Rabu lalu dan berjaya ia dapat diatasi sepenuhnya dalam tempoh dua jam 21 minit.

“Sehubungan itu, saya akan membuat pembentangan secara terperinci berkenaan perkara ini (pemberian rebat dan kejadian bekalan elektrik putus) pada sidang Parlimen pada 4 Ogos depan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Kota Bharu kali ke-55 di Hotel H Elite, Tunjong di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, pihak TNB berjaya mengambil tindakan cepat dan cekap bagi memulihkan gangguan elektrik pada hari kejadian.

Menurutnya, kejadian berpunca daripada percikan di pencawang utama di Yong Peng Utara, Johor akibat pergesekan tembaga sehingga mengakibatkan bekalan elektrik yang menyalurkan sumber tenaga dari negeri tersebut ke kawasan utara dan tengah semenanjung Malaysia terputus.

“Keadaan itu menyebabkan pihak TNB terpaksa mencatu tenaga di kawasan tertentu yang tidak kritikal bagi menstabilkan penggunaan tenaga elektrik.

“Bagaimanapun, langkah mencatu tenaga tidak melibatkan premis-premis penting seperti parlimen, hospital, balai polis dan sebagainya,” ujarnya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hukum iringi jenazah dengan bacaan al-Fatihah

Ziana Zain tarik macam tu saja dekat kedai makan (Video)

ISA tak zalim, SOSMA zalim pulak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker