RUU Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis diluluskan

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) 2020.

RUU yang bertanggungjawab melaksanakan siasatan berhubung aduan tatakelakuan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, penubuhan IPCC akan mempertingkatkan integriti, mengurangkan salah laku dan meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap pasukan polis.

“IPCC memberi fokus kepada penubuhan suatu badan untuk melaksanakan siasatan, manakala tindakan dan hukuman tatatertib masih dikekalkan dengan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP).

“Ia digubal selepas dibuat perbandingan antara Independent Office for Police Conduct (United Kingdom) dan Independent Police Complaints Council (Hong Kong) yang mana negara itu mempunyai badan pemantau bebas,” katanya pada sesi penggulungan perbahasan RUU IPCC.

Hamzah berkata, libat urus berkenaan IPCC telah diadakan dan ia melibatkan seramai 1,059 orang serta sesi taklimat bersama pimpinan tertinggi PDRM, persatuan bekas polis serta wakil Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Menurut beliau, wakil Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) boleh dijemput untuk bekerjasama dengan pasukan siasatan IPCC kerana ia terbuka kepada semua individu yang dipilih berdasarkan kelayakan termasuk pengetahuan, kemahiran dan pengalaman.

“IPCC memastikan siasatan jenayah yang telus dapat dijalankan oleh polis, meningkatkan integriti pasukan, menghapuskan persepsi negatif orang awam dan mengelakkan penyiasatan berat sebelah bagi menutup kesalahan polis,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Situasi Seram Pekerja 7-Eleven Syif Malam (Video)

Wany Hasrita labuhkan tudung ikut syarat suami

Fazura tangkap suami dengan gadis lain? (Video)

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker