UMNO perlu berhati besar
MERUJUK laporan ‘Jangan ingat DAP P Pinang tak boleh ditenggelam’, kata Tok Mat | Free Malaysia Today (FMT).
Wahai Tok Mat, DAP memang boleh ditumbangkan di Pulau Pinang dengan syarat umat Islam bersatu.
Canangkan daripada sekarang Pulau Pinang boleh (mesti) berketua menterikan orang Melayu, bukan lagi ultra kiasu MCA atau Gerakan.
MCA dan Gerakan tidak ada lagi kekuatan dalam kalangan orang Cina, sebab itu mereka tidak layak. Mereka menumpang tuah undi Melayu. Sebab itulah mereka tidak layak menjadi poster boy Ketua Menteri.
Bermula sekarang canangkan siapa Ketua Menteri Pulau Pinang dalam kalangan UMNO. Timbalan Ketua Menteri tidak mengapalah diberikan kepada MCA, jika pun jika ia ada kekuatan.
Realiti politik hari ini, UMNO tidak akan menang jika bersendirian. UMNO perlukan parti Melayu yang lain, terutamanya PAS untuk memerintah.
Politik sekarang bukan macam politik dahulu. Dahulu UMNO letak tunggul pun boleh menang. Hari ini tidak lagi, tunggul itu akan disepak macam tunggul kayu.
Kemenangan UMNO (BN) dalam PRN Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak, tidak boleh dijadikan ukuran. Setiap negeri mempunyai budaya politik yang berbeza.
Dalam konteks Malaysia lagi jelas UMNO tidak boleh menang jika bersendirian. Tanpa parti-parti Bumiputera Sabah dan Sarawak, pastinya UMNO akan tumbang, dan laluan untuk Perdana Menteri dalam kalangan UMNO adalah sukar.
Sebab itu, saya sarankan buatlah muhasabah. Jika tidak mahu ‘parti tikam belakang’ seperti PPBM (Bersatu), seperti yang Tok Mat sebut, sekurang-kurangnya berpakatlah dan terimalah PAS, meskipun PAS terpaksa menjaga keduanya UMNO dan Bersatu.
PAS ini ibarat ditelan mati mak, diluah mati bapak, kena jaga kedua-duanya. Jika PAS hanya bertindak menjaga UMNO, Bersatu merajuk keluar, kerajaan yang diterajui UMNO pasti akan tumbang. Peranan PAS terpaksa ‘makan dua-dua’ perlu difahami dari segi strategik politik, walaupun nampak macam hodoh atau tamak, ibarat gergaji dua mata.
Bukan PAS mahukan sedemikian, tetapi itulah hakikat politik. Berterima kasihlah kepad PAS, kerana kerajaan masih bertahan di bawah pimpinan UMNO. Politik hari ini menang satu kerusi Parlimen pun, signifikan dia besar.
Pada saya, politik Malaysia hari ini, formulanya mudah, bergantung kepada UMNO dan PAS sahaja, dengan sokongan dan dukungan Bumiputera Sabah dan Sarawak.
Usah dikira lagi MCA dan Gerakan, parti ini tidak ada kekuatan. Ada pun serupa tiada. Hanya menumpang tuah undi Melayu. Menang pun MCA tidak menguntung, cuma menjadi bertambah warna sahaja.
Saya yakin bila UMNO-PAS menang di Semenanjung Tanah Melayu, mereka tidak akan ketepikan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Begitu juga dengan bukan Melayu, pasti ada jawatan strategik yang diberikan.
Sebab itu, MCA, MIC dan Gerakan jangan lebih garpu daripada sudu, merasakan dirinya kuat, tetapi langsung tidak kekuatan.
Wahai Tok Mat, jika boleh saya cadangkan, segera mula rundingan dengan PAS terutamanya, jika mahu menguasai Selangor dan Pulau Pinang. Rundingan dengan PAS amat penting di kedua negeri yang kaya. Negeri lain, kita cerita kemudian.
Atur strategi untuk tumbangkan DAP di Pulau Pinang. Begitu juga PKR di Selangor. Formulanya tidak susah, canangkan Melayu jadi ketua Menteri Pulau Pinang dan PAS jadi Menteri Besar Selangor. Nampak macam pelik dan tidak masuk akal, tetapi itulah realitinya.
Bila berpolitik kena ada rasa besar hati bukan besar kepala. Baru rakyat akan rasa terkejut. Jadikan budaya terkejut dalam budaya politik Melayu, kerana ia akan membawa rakyat berfikir, akan menjadikan mereka mudah faham dan semakin sedar.
Politik besar kepala atau sombong dan syok sendiri hanya akan makan tuan. Percayalah.
Bila canangkan Pulau Pinang mesti berketua menterikan orang Melayu, bukan kita rasis. Kita tidak pernah rasis. Islam tidak mengajar kita menjadi rasis. Tetapi ini soal strategik untuk menang pilihan raya.
Bukan juga kita menolak bukan Melayu, mereka tetap rakyat Malaysia. Mereka berhak dilayan dengan adil, tetapi sekali ini soal strategik dan untuk menang pilihan raya.
Bila saya sebut, jadikan PAS sebagai Menteri Besar Selangor, bukan soal menafikan hak UMNO selaku parti abang, mungkin menang banyak kerusi daripada PAS. Tetapi ini soal besar hati. Rakyat akan buka mata. Rakyat sedang menilai UMNO sekarang. Tidak mustahil, rakyat akan menghukum UMNO.
Saya amat yakin formula ini akan berhasil jika mahu menawan Selangor dan Pulau Pinang, walaupun ramai dalam kalangan UMNO tidak bersetuju.
Percayalah DAP pasti akan tumbang jika umat Islam bersatu.
Sebab itu, parti ultra kiasu akan memastikan agar parti-parti orang Islam tetap berpecah kerana ia menguntungkan dia.
Jangan fikir soal MCA untuk diketengahkan menjadi calon Ketua Menteri Pulau Pinang. MCA tidak layak untuk jadi Ketua Menteri. Kemenangan MCA di beberapa kerusi DUN dalam PRN Melaka dan Johor, itu bukan tanda MCA kuat, tetapi orang Cina meluat dengan DAP.
Melaka dan Johor berbeza budaya politiknya. Pulau Pinang sentriknya Cina. Mereka sudah anggap negeri ini bapa dia empunya. Dia rasa dia kuat. Ketua Menteri mesti daripada kalangan mereka. Persepsi ini mesti dipecahkan.
Canangkan Ketua Menterinya Melayu. Pasti Melayu akan teruja. Tidak mustahil PKR akan mengundi UMNO dan PAS. Lagipun orang sudah muak dengan lambakan ladang babi yang diternak di kawasan penempatan Melayu. Orang Melayu mesti disedarkan tentang perkara ini.
Sudah tentu apabila Ketua Menterinya dicanangkan dalam kalangan orang Melayu, pasti akan menjadikan anak-anak muda kita sedar. Bukan menafikan hak bukan Melayu, tetapi berpada-pada dalam memperjuangkan nasib bangsa. Jangan memijak kepala.
Wahai Tok Mat, sekali lagi saya menyeru, dalam berpolitik kita kena besar hati, bukan besar kepala. Rakyat sudah muak dengan rentak besar kepala.
Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Ismail PM jaga kerajaan, Zahid Presiden jaga parti, tiada syak wasangka
- Pramugara temui kepala ular dalam makanan ketika penerbangan
- Tokoh korporat Melayu, Tan Sri Mustapha Kamal meninggal dunia
- PAS mahu perintah Kedah bersendirian – Hadi
- Tikam belakang, tutup pintu rakan tinggalkan BN – Tok Mat
- Tommy sudah pastikah bukan waris Kesultanan Sulu serang Malaysia – Najib
- Signal PRU15 akan diberikan kepada PM Ogos ini – Tok Mat
- Warga emas berjudi tepi bendang
- Setiap 5 Minit Budak Lelaki Ini Muntah, Doktor Buntu Tak Jumpa Penawar Sakit Misteri
- Lelaki reda isteri meninggal dunia 2 hari selepas berkahwin
- Wanita maut dilanggar di lebuh raya, polis cari pemandu dan kenderaan
- Lelaki minta malaikat Jibril turunkan wang dari langit biayai pembinaan masjid
- Tanah Kubur Tutup Rezeki Kedai – DSV/a>
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pasangan Kekasih Selamba Buat Hubungan Seks Di Foyer Mahkamah Sampai 3 Kali Dijatuh Hukuman
Mahathir terima dana politik RM2.6 juta daripada UKSB – Saksi pendakwaan
You must be logged in to post a comment.