Irfan Haris bukti artis cemerlang dalam pelajaran

Irfan Haris bukti artis cemerlang dalam pelajaran

Kesibukan kerjaya nyanyian tidak menghalang penyanyi remaja, Irfan Haris, 20, untuk muncul sebagai pelajar terbaik bagi Diploma Persembahan, Universiti UOW Malaysia KDU, baru-baru ini.

“Saya bersyukur dengan keputusan diperoleh, namun tiada formula rahsia selain bekerja keras dan komited dengan setiap tugasan diberikan.



“Selain itu, saya pastikan hadir setiap kelas dan kebanyakan pensyarah banyak membantu saya,” katanya.

Berkongsi perjalanan kerjaya nyanyian, Irfan tampil dengan single terbaru berjudul Nervous.

Single ciptaannya bersama abang kandung, Haiqal Iskandar serta saudara rapat, Ubaidillah itu diterbitkan oleh Rocketfuel Entertainment.

Sebelum itu, single Bisik yang dilancarkan tiga bulan lalu mendapat sambutan luar biasa apabila tular dalam aplikasi TikTok.



Irfan berkata, dia tidak menyangka single Bisik mendapat sambutan melangkaui jangkaan.

“Banyak stesen radio memutarkan single Bisik selepas mendapat permintaan tinggi. Tidak kurang juga ramai yang menyukainya disebabkan berkaitan dengan jalan cerita yang menyentuh jiwa.

“Inilah membakar semangat saya untuk terus menghasilkan karya muzik berkualiti pada masa akan datang,” jelas Irfan yang terkenal dengan hashtag #sendu4lyfe.

Berkongsi single baharu, Nervous, ia berkisar seorang lelaki yang ingin melamar kekasih hati untuk berkahwin.



“Single Nervous sangat ‘sweet’ dan sesuai untuk pasangan yang dilamun cinta. Ia mengenai penyatuan dua hati yang ingin melangkah ke jenjang pelamin.

“Kalau diamati, melodinya kedengaran santai seperti jazz pop yang ‘easy listening’ dan tidak terlalu berat, sesuai dijadikan lagu ketika majlis perkahwinan.

“Jujurnya, single Nervous paling cepat pernah dihasilkan. Bermula pada September dan siap sepenuhnya dalam bulan ini, jadi mengambil masa tak sampai dua bulan,” katanya.

Kali ini, Irfan tidak tampil dengan video muzik, hanya sekadar lirik video yang memaparkan konsep ringkas, namun tetap menarik dengan penggunaan skrin hijau melalui visual yang menggamit perhatian.



Sesuai usianya yang kian meningkat, Irfan mahu mencabar diri dengan menghasilkan pelbagai genre lagu dan menceburi cabang seni lain seperti lakonan.

Katanya, dia ingin menjadi penyanyi versatil dan tidak terikat dengan hanya satu genre sahaja.

“Saya berharap penggemar muzik dapat menerima single Nervous ini. Namun, semuanya terletak pada rezeki, saya sudah berusaha memberikan yang terbaik.

“Selain itu, saya mahu menceburi bidang lakonan, tahun hadapan. Saya sudah bersedia menghadiri sesi uji bakat jika diberikan peluang.



“Sebelum ini, saya pernah menerima tawaran berlakon ketika masih belajar, tetapi terpaksa menolak kerana jadual bertembung dengan kelas.

“Siapa tahu, saya akan membintangi drama bersiri atau telefilem, jadi doakan saya,” katanya.

Single Nervous sudah dimuatkan dalam aplikasi penstriman dalam atas talian popular, manakala lirik video boleh ditonton menerusi saluran YouTube Rocketfue. BH

Irfan Haris bukti artis cemerlang dalam pelajaran




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Saya mohon maaf, saya hanya mahu ‘prank’ anak saudara

Takiyuddin bidas kembali kenyataan Muhyiddin, pendirian PAS terbuka

Teman lelaki Syazlin Zainal ziarah pusara kekasih

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker