OKU dipijak penghuni pusat jagaan mental meninggal dunia
OKU dipijak penghuni pusat jagaan mental meninggal dunia
Orang kurang upaya (OKU) yang parah dipukul dan dipijak dua penghuni sebuah pusat penjagaan mental di Sungai Petani, Kedah meninggal dunia semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Zaidy Che Hassan berkata, mangsa berusia 49 tahun itu meninggal dunia pada 4.02 pagi di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) dekat Sungai Petani.
“Berikutan kematian mangsa, kes yang sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan akan dipinda ke Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
“Setakat ini, kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini dan suspek akan ditahan dalam tempoh terdekat,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Beliau berkata, mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat.
Ahad lalu, mangsa yang tidak sedarkan diri akibat dibelasah dua penghuni pusat penjagaan mental itu menerima rawatan di Zon Merah HSAH.
Siasatan polis mendapati dua penghuni itu tidak puas hati terhadap mangsa yang memijaknya ketika tidur di lantai bilik.
Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan serius, dengan kesan lebam dari bawah pinggang hingga betis dan tulang kaki kanannya patah. FMT
OKU dipijak penghuni pusat jagaan mental meninggal dunia
Baca Artikel Menarik:
- Hisyam Teh Poh Teik peguam baharu Najib
- ‘Jangan reka drama’, Tengku Hassanal minta polis tak ganggu aktivis
- Jutawan hartanah rebah dua kali
- Pelakon Aprena Manrose Cuti Panjang Fokus Nak Dapatkan Zuriat Lepas 6 Tahun Kahwin
- Logo baharu atau lama, PN dijangka kecundang dalam PRU-15
- Mahkamah diberitahu RM100,000 masuk akaun ASB Syed Saddiq
- Penoreh terkejut jumpa mayat terapung
- PRU-15: DAP pasti tumbang jika umat Islam bersatu
- Mansuh subsidi minyak pukal boleh naikkan kadar inflasi – Najib
- Ayam segar RM0.88, Rosyam Mart Sungai Buloh kena serbu
- Mayat berbungkus ditemui di Lojing
- Elon Musk Nafi Jalin Hubungan Sulit Dengan Nicole Shanahan Isteri Pengasas Bersama Google
- Suamiku ghaib tanpa berita
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.