Wanita maut dalam kemalangan ‘lahir’ bayi pramatang

Wanita maut dalam kemalangan ‘lahir’ bayi pramatang

Seorang wanita di India melahirkan anak apabila dia meninggal dunia akibat digilis sebuah lori, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Bayi perempuan itu digelar ‘bayi ajaib’ selepas ‘terkeluar’ dari rahim ibunya dalam kejadian negeri yang berlaku di bandar Firozabad, negeri Utter Pradesh pada 20 Julai lalu.



Di sebalik kelahirannya secara pramatang selama sebulan, doktor-doktor mengesahkan bayi tersebut dalam keadaan baik dan hanya memerlukan rawatan neonatal.

Ketika kejadian pada 20 Julai lalu, Kamini, 26, yang berasal dari Agra menunggang basikal bersama suami, Ramu menuju ke rumah ibu bapanya.

Seorang saksi mendakwa Ramu cuba mengelak sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan apabila hilang kawalan dan bertembung dengan sebuah lori dipandu laju. Kemalangan itu dikategorikan sebagai kes langgar lari.

Kamini mati di tempat kejadian tetapi pada masa yang sama melahirkan anak dalam apa yang disifatkan petugas kecemasan sebagai satu keajaiban.



“Bayi itu benar-benar keluar dari bahaya. Disebabkan kelahiran pramatang, dia kurang berat badan.

“Tali pusat menjadi tertekan akibat kemalangan itu dan terdapat sedikit kecederaan pada pusarnya. Dia hanya memerlukan rawatan perubatan.

“Saya melihat imej kemalangan. Sebahagian besar badan ibunya remuk. Memang satu keajaiban kanak-kanak itu teselamat,” kata ketua jabatan pediatrik di Kolej Perubatan Firozabad, Dr. LK Gupta.

Ramu terselamat daripada kemalangan maut itu untuk membesarkan anak mereka, lapor akhbar Times of India.



“Pemandu lori melarikan diri. Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) sedang diteliti. Laporan akan difailkan berdasarkan aduan suami,” kata Pegawai Keselamatan & Kesihatan (SHO) Bhadoria. K Online

Wanita maut dalam kemalangan ‘lahir’ bayi pramatang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun

Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur



MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker