Jenazah lima nahas kemalangan di Gerik selamat dikebumikan

Jenazah lima nahas kemalangan di Gerik selamat dikebumikan

SEBERANG PERAI – Jenazah lima sekeluarga yang maut dalam kemalangan di Kilometer 62 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Haji Abdul Rashid di Kampung Permatang Sungai Dua, hari ini.

Jenazah lima sekeluarga iaitu Ahmad Khomaini Baba, 32; isterinya, Siti Aishah Mohd Rodhi, 32; dan anak mereka, Zara Hana, 6.

Manakala dua lagi, bapa serta ibu Siti Aishah, Mohd Rodhi Othman, 64; Sharifah Rohana Syed Sagaf, 59 tahun disemadikan dalam satu liang pada jam 2.50 petang.

Terdahulu, jenazah lima mangsa nahas kemalangan itu yang dibedah siasat di Hospital Gerik, Perak tiba di masjid pada jam 12.55 tengah hari.

Perasaan hiba turut menyelubungi suasana perkarangan masjid berkenaan yang dikunjungi lebih 500 orang yang terdiri daripada keluarga dan rakan.

Dilaporkan polis Perak mengesahkan sebuah pacuan empat roda hilang kawalan sebelum masuk laluan bertentangan menjadi punca lima beranak maut di Kilometer 62 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, siasatan awal mendapati, pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang datang dari arah Gerik ke Jeli telah hilang kawalan sebelum masuk ke arah bertentangan.

Kenderaan itu kemudian melanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza yang dinaiki lima sekeluarga terbabit. MG

Jenazah lima nahas kemalangan di Gerik selamat dikebumikan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun

Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur

MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker