Benda mudah sahaja tapi RoS ambil masa lebih dua bulan

Benda mudah sahaja tapi RoS ambil masa lebih dua bulan

Sebagai pengamal undang-undang yang pernah memiliki firma guaman terbesar di negara ini, Datuk Zaid Ibrahim mengkritik Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang disifatkan sebagai tidak profesional.

Beliau menyatakan begitu kerana RoS mengambil masa lebih dua bulan untuk membuat keputusan sama ada hendak meluluskan atau sebaliknya permohonan pindaan Perlembagaan UMNO. “RoS tak profesional, benda mudah saja.

Ini dah sampai dua bulan tak dapat jawapan, sedangkan UMNO kata mereka mesyuarat ikut perlembagaan parti dan peraturan.

“Selepas permohonan pindaan dikemukakan oleh Setiausaha Agung UMNO, RoS tengoklah pindaan itu dibuat mengikut seksyen berapa.

Kalau betul, luluskanlah, kenapa nak tunggu sampai lebih dua tidak ada apa-apa keputusan. “Ini juga satu sikap yang tidak profesional pada saya dari segi pihak kerajaan, tetapi saya rasa mereka akan beritahu esok lusa.

Kita tunggulah,” katanya dalam temubual eksklusif dengan MalaysiaGazette di kediamannya di Petaling Jaya, baru-baru ini. Dalam temubual itu, Zaid turut menjawab perjuangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang diasaskan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Katanya, beliau tidak mahu bercakap soal relevan atau tidak kerana mana-mana parti pun jika diaju soalan itu, tetap menjawab parti mereka kekal relevan dan mendapat sokongan rakyat.

“Saya tak nak kata soal relevan, sebab relevan ini bila anda tanya Pejuang, dia kata relevan dan hendak bertanding di 120 kerusi.

Biarlah dia orang buat keputusan. “Yang saya nak sebutnya begini saja, kita tahu parti yang stabil, yang kuat selain UMNO dan BN ialah Pas.

Selain Pas pula ialah DAP. Inilah parti yang kuat, yang selalunya menang 20, 30, 40 kerusi. “Parti lain itu kecil saja termasuklah PKR.

Mereka menang banyak kerusi pun kerana pertolongan DAP, tetapi hari ini, tiga parti ini saja boleh dikatakan kuat.

Saya tak nampak Bersatu akan jadi parti yang menang besar jika secara bersendirian bertanding PRU-15 ini,” katanya.

Bagaimanapun, kata bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu itu, beliau yakin masih lagi ada keperluan untuk perti bermuafakat menubuhkan kerajaan, tetapi biarlah masing-masing bertanding atas parti sendiri dahulu.

Katanya, ini penting untuk rakyat membuat pilihan dan selepas itu apabila hendak tubuh kerajaan, mereka boleh berbincang dengan parti yang munasabah.

“Janganlah parti yang menang 10 kerusi pun berebut nak jadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, tak bolehlah.

“Setiap parti kena bertanding, kena menang besar dulu. Kalau tak cukup jumlah 112, berbincanglah antara parti yang munasabah, yang boleh beri kerjasama untuk bentuk kerajaan stabil,” katanya.

Mengenai UMNO Kelantan, Zaid yang pernah menerajui kepimpinan parti itu di peringkat negeri sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan berkata, beliau melihat parti itu di negeri yang diperintah oleh Pas sejak 1990 masih tidak kuat.

Katanya, beliau susah untuk memberi pandangan kerana kalau UMNO Kelantan kuat dan ada gerakan, kepimpinan serta menunjukkan sedikit kesungguhan, tidak mustahil boleh merampas semula negeri itu dari Pas.

Jelas beliau, rakyat duduk di bawah pemerintahan Pas lebih 32 tahun, parti itu hanya menggunakan modal sama saja iaitu Islam dan mustahil UMNO tidak boleh mengatasinya.

“Tetapi, terpulang kepada merekalah, bagi saya, saya tak nampak lagi kesungguhan mereka, kepimpinan mereka tak nampak bersungguh nak atasi Pas.

“Sedangkan, Kelantan banyak masalah seperti air yang tidak diselesaikan sejak sekian lama.

Umum tahu, Pas ini bukan parti yang selesaikan masalah, itu bukan matlamat perjuangan mereka, Pas hanya janji masuk syurga.

“Pas tidak pernah janji hendak selesai masalah air, minyak, jalan raya, cukai tanah. Mereka juga tidak pernah janji hendak tanam semula getah atau tolong masyarakat Orang Asli, Felda atau apa-apa pun, mereka tak ada janji,” katanya. MG

Benda mudah sahaja tapi RoS ambil masa lebih dua bulan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun

Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur

MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker