Santhara hantar surat keluar Bersatu, kata sumber

Santhara hantar surat keluar Bersatu, kata sumber

Timbalan menteri pelancongan, kesenian dan budaya yang juga ketua sayap bukan Bumiputera Bersatu, Edmund Santhara Kumar telah menghantar surat keluar Bersatu minggu lalu.

Menurut sumber, tindakan itu diambil selepas Santhara melihat tiada masa depan untuk Ahli Parlimen bukan Bumiputera dalam Bersatu.

“Dia dah hantar surat keluar parti minggu lalu kepada setiausaha agung, presiden pun dah tahu.

“Jadi Bersatu cuba nak pujuk dia sekarang untuk ubah keputusan tu, tapi dia cakap dia akan teruskan,” kata sumber kepada FMT.

Santhara dilantik sebagai ketua pertama bagi sayap bukan Bumiputera atau sayap Bersekutu parti itu pada September tahun lalu.

Beliau juga adalah Ahli Parlimen bukan Bumiputera pertama yang menyertai Bersatu pada Ogos 2020.

Januari lalu, Santhara berkata beliau kekal bersama Bersatu walaupun menerima banyak tawaran untuk menyertai parti lain pada pilihan raya umum (PRU15) akan datang.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Segamat itu menegaskan beliau tidak ambil peduli dengan tawaran yang diterima, sebaliknya mahu terus setia bersama Bersatu dan mengukuhkan sayap Bersekutu yang diterajuinya.

“Tawaran datang macam angin, dari macam-macam parti, tapi kita tak nak layan.

“Saya ambil pendirian untuk terus setia dengan Presiden (Muhyiddin Yassin) dan memperkukuh sayap Bersekutu bagi menghormati kepercayaan yang telah diberikan kepada saya,” kata Santhara.

Sementara itu, sumber itu menegaskan, dengan keputusan Santhara itu bermakna Bersatu akan kehilangan satu-satunya Ahli Parlimen bukan Bumiputera.

Santhara adalah antara 10 Ahli Parlimen yang mengikuti Azmin Ali keluar dari PKR susulan Langkah Sheraton pada 2020.

Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai timbalan menteri wilayah persekutuan dalam Kabinet Muhyiddin .

FMT telah menghubungi Santhara, Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin dan Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan bagi mendapat maklum balas. FMT

Santhara hantar surat keluar Bersatu, kata sumber


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun

Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur

MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker