Aspirasi Keluarga Malaysia: PM lancar perkhidmatan 5G luar bandar pertama di Malaysia

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melancarkan perkhidmatan 5G pertama luar bandar di negara ini sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Kelantan pada Sabtu.

Parlimen Ketereh menjadi lokasi perintis kepada projek tersebut di negara ini.

Pelancaran detik bersejarah itu yang berlangsung di Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Peringat di sini turut disaksikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan program ‘bekwoh’ yang dihadiri oleh 5,000 pengunjung.

Ketua Pegawai Kawal Selia Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Zulkarnain Mohd Yasin berkata, Parlimen Ketereh menjadi lokasi perintis kepada pelaksanaan projek 5G di kawasan luar bandar.

“Hasil ujian yang dijalankan mendapati kelajuan internet dicapai ialah 1.5 gigabit persaat untuk 5G.

“Ini adalah 100 kali lebih baik daripada kelajuan internet yang kita dapati pada masa sekarang,” katanya.

Menurutnya, SKMM akan sentiasa memantau dan melakukan ujian untuk melihat tahap kelajuan capaian 5G di kawasan itu dari masa ke masa.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun

Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur

MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker