Pelancong Malaysia Ke Thailand Dilarang Bawa Pulang Ganja Bahan Larangan

Pelancong Malaysia Ke Thailand Dilarang Bawa Pulang Ganja Bahan Larangan

PADANG BESAR: Rakyat Malaysia yang melancong ke Thailand tidak dibenarkan mengambil atau membawa pulang dadah jenis ganja ke negara ini meskipun negara jiran itu membenarkan penggunaan bahan terlarang tersebut.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap mana-mana individu membawa masuk ganja ke negara ini walaupun dalam bentuk produk seperti kek atau air yang mempunyai kandungan ganja yang rendah.



Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai tindakan segelintir rakyat Malaysia yang masuk ke Thailand bukan hanya untuk melancong malah mengambil peluang mencuba ganja di sana.

“Secara peribadi saya nasihatkan rakyat Malaysia agar tidak cuba mengambil ganja ketika berada di Thailand walaupun ia dibenarkan di sana kerana dadah boleh memberi kesan tidak baik kepada kesihatan,” katanya.

Dalam pada itu, Surina berkata, beliau telah meminta agensi di sempadan agar meningkatkan pemeriksaan bagi memastikan tiada individu yang membawa masuk dadah jenis ganja ke negara ini walaupun tiada kes dilaporkan sehingga hari ini. – BERNAMA

Pelancong Malaysia Ke Thailand Dilarang Bawa Pulang Ganja Bahan Larangan



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun



Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur

MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker