Hafidz Roshdi bagi tempoh 48 jam untuk isteri mohon maaf

Hafidz Roshdi bagi tempoh 48 jam untuk isteri mohon maaf

Pelakon Hafidz Roshdi memberi tempoh 48 jam kepada isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri dan pihak berkaitan membuat permohonan maaf serta menarik balik sebarang penerbitan umum termasuk foto keluarga yang berkait dengan isu rumah tangganya.

Hafidz membuat pengumuman itu melalui surat terbuka yang ditujukan kepada Nurul Shuhada melalui Instagram (IG), kira-kira dua jam lalu.



“Demi menjaga kesejahteraan dan keselamatan diri dan seluruh keluarga, saya dengan rendah diri memohon dan memberi tempoh 48 jam dari sekarang kepada Shu (Nurul) dan mana-mana pihak untuk menarik balik sebarang penerbitan umum dan gambar keluarga saya (yang) berkait dengan isu atau kes rumah tangga saya.

“Saya juga mahu permohonan maaf secara terbuka dibuat pihak awak. Sekiranya tidak, saya mahu semua faham situasi saya.

“Saya terpaksa ambil tindakan berlandaskan undang-undang terhadap mereka yang sudah menyentuh maruah dan privasi keluarga saya,” katanya.

Hafidz berdepan kontroversi apabila kisah rumah tangganya menjadi perbualan hangat dalam laman media sosial susulan dakwaan isu curang.



Pada 2 Mac lalu, Nurul Shuhada membuat laporan di Balai Polis Jinjang, di sini, mendakwa ditumbuk Hafidz beberapa kali sehingga mengalami kecederaan pada bahagian mata.

Difahamkan kejadian berlaku semasa mangsa bersama-sama dengan suaminya berada dalam kereta di R&R Sungai Buloh.

Hafidz dilapor menceraikan isterinya dengan talak satu pada 23 Februari lalu.

Hafidz berkata, status dimuat naik Nurul Shuhada di IG pada 5 Mac lalu mengait dan mengaibkan seluruh keluarganya.



“Antara butirannya, status IG awak menyebut adik saya bersubahat dan seluruh keluarga saya bersifat toksik. lni jelas dan nyata, suatu fitnah.

“Rentetan status IG awak itu, ada pihak lain yang sudah menggunakan gambar saya, awak dan seisi keluarga saya merujuk kepada topik atau kandungan terbabit.

“Kini, keselamatan, kesejahteraan dan ketenteraman seluruh keluarga saya sudah terjejas atas tindakan awak.

“Saya berharap agar semua pihak lebih berhati-hati untuk tidak memberi sebarang komen apabila tidak tahu menahu kebenaran yang berkait dengan isu membabitkan urusan rumah tangga kami berdua.



“Kini, isu dan kes rumah tangga kita adalah dalam siasatan polis dan akan diadili di Mahkamah Syariah, tidak lama lagi,” katanya.

Dalam surat terbuka itu, Hafidz mengaku memilih berdiam diri biarpun pelbagai fitnah ditaburkan Nurul Shuhada, namun, kesal apabila aib dan kelemahannya dicanang.

“Saya tahu segala apa yang awak canangkan, tidaklah semuanya benar. Maka, saya terpaksa menulis di sini, kerana awak sendiri yang sudah menutup segala jalan untuk perdamaian dan menyelesaikan secara kekeluargaan.

“Shu, saya jaga erat segala aib, kelemahan dan kekurangan awak sebagai isteri selama ini. Kita tidak sempurna.



“Saya hadap segala caci dan maki atas kelemahan dan kesilapan diri saya sendiri. Sebagai insan yang lemah, kita berdua tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

“Agak malang, ia menjadi di luar kawalan. Awak lebih cenderung untuk menyatakan isu rumah tangga kita dalam media sosial. Kecenderungan bersifat membuka aib hingga membuka ruang fitnah.

“Apabila awak mula mencanang fitnah dan kenyataan palsu mengenai keluarga saya, awak sudah melampau dan saya tidak lagi boleh berdiam diri,” katanya.

Hafidz berkata, dia mahu meneruskan hidup dengan baik dan mencari rezeki buat dua anaknya bersama Nurul Shuhada. Justeru, Hafidz berharap semua pihak menghormati hal peribadinya.



“Saya masih lagi abah kepada anak-anak saya. Kesejahteraan dan keselamatan mereka adalah objektif utama hidup saya.

“Saya juga ingin terus mencari nafkah yang halal untuk tidak mengabaikan tanggungjawab saya terhadap mereka.

“Saya memohon jasa baik mana-mana pihak untuk menghormati urusan dan keputusan saya demi kesejahteraan dan keselamatan keluarga masing-masing,” katanya.

Dalam perkembangan terbaru, Hafidz dilaporkan akan dihadapkan ke Mahkamah Kuala Kubu Baharu, lusa, rentetan laporan dibuat isterinya yang mendakwa ditumbuk dalam kejadian di R&R Sungai Buloh. BH

Hafidz Roshdi bagi tempoh 48 jam untuk isteri mohon maaf

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker